Duit Raya 2021 | Hah! kalau cakap pasal duit raya ni kanak-kanak paling gembira sekali dengan kutipan duit raya setahun sekali ini. Sudah menjadi lumrah "duit raya" telah menjadi satu agenda wajib seusai selesai sesi bersalaman di pagi raya. Kebiasaan kanak-kanak ataupun anak-anak saudara kita akan beratur bersalaman dan menerima duit raya daripada orang dewasa (atok, nenek, mak,ayah serta pakcik dan makcik) sekiranya sudah bekerja.
Agenda pemberian duit raya ini bukan lah satu kewajiban oleh seseorang, ia dilihat sebagai cara menzahirkan rasa syukur dan gembira. Berikanlah sekiranya anda mampu dan mempunyai rezeki yang lebih untuk dikongsi. Pemberian duit raya juga boleh dianggap sebagai bersedekah, reward untuk kanak-kanak berpuasa dan mampu mengeratkan lagi silaturahim.
Tidak dinafikan pemberian duit raya anak zaman kini amat lumayan sehingga ratusan ringgit ada juga yang sampai mencecah ribuan ringgit. Sangat beruntung kanak-kanak zaman sekarang ni, shida masih ingat tau, waktu shida kecik-kecik dulu pergi beraya hanya dapat 50sen sahaja. Jika beraya ke rumah yang lebih besar kemungkinan dapat RM1.00 syiling. Balik rumah kira, siapa dapat lagi banyak duit raya heheeee.
Dah besar panjang ni, masih ada ke orang nak bagi duit raya? Pasti lah ada! pemberian duit raya bukanlah tertumpu kepada kanak-kanak saja. Orang dewasa juga tak lokek dari menerima duit raya kemungkinan dari si suami, majikan, saudara-mara, adik beradik atau mak dan ayah. Macam shida sendiri terima dua sampul duit raya untuk tahun ini. Alhamdulillah 😁
![]() |
TERIMA DUIT RAYA DARI HUSBEN |
![]() |
TERIMA DUIT RAYA DARI BOS |
Alhamdulillah, terima kasih kepada si pemberi semoga dimurahkan rezeki selalu ya 💋 Shida juga tidak terlepas dalam menyediakan duit raya. Kebiasaannya shida akan beri kepada mak, ayah, adik bongsu shida, anak-anak buah shida, mertua dan adik ipar yang bongsu. Tapi tahun ini tak dapat pulang ke kampung suami jadi tergendala lah agenda pemberian duit raya tersebut, lain kali jumpa Inshaa Allah boleh beri 😊
Sampul dalam gambar ni, antara sampul lebihan duit raya yang tak dapat diserahkan kepada penerimanya. Inshaa Allah jumpa nanti boleh lah bagi. Sampul ini lain warna lain isi RM nya hahaha, sampul raya berwarna biru tetap ada korang! mana boleh tak ada hehee. Walau musim covid19 orang kata lebih nak berjimat tapi entah! shida suka bagi duit raya sebab bila lihat mereka-mereka yang dapat duit raya muka kelihatan lebih gembira dari biasa. Lagi-lagi muka anak-anak buah shida hahahaa 😄
Alhamdulillah, mudah-mudahan orang yang menerima duit raya dari kita ini selalu mendoakan kesejahteraan kita, rezeki kita, kesihatan kita, amin! Moga bertambah berkat dalam memberi kepada yang memerlukan. Semoga kita yang memberi selalu dipermudahkan segala urusan,kerja dan apa saja yang kita lakukan.