Assalammualaikum, peace upon you.
Thanks to semua yang sudi bagi shida kad raya pada tahun 2012 ni. Mereka adalah Hazwan Hery, Eca Dwinky, Aida Omar, Eqbal Zack, Wan Hazel, Ccicutedollylicious, AyutHidayah, ChaCha, Azizah, GigiAriema dan Peyan. Insyaallah tahun depan kita bertukar lagi kad dengan design Kad Shida yang lain pula. So untuk tahun ini tahun pertama tempah Kad Raya so design agak skema dan mengikut tema blog. Sebanyak 100 keping shida edarkan kepada blogger dan kawan-kawan yang lain. Tahun depan mungkin nak up lagi mungkin dalam 200 kad akan diedarkan :) Insyallah tahun depan juga design kad raya ada sedikit kelainan. So alamat yang tersedia ada shida simpan untuk kiriman seterusnya :)
Untuk Kad Raya yang ke 11 ini datangnya dari Blogger Eca Dwinky dari sabah, blog yang serba serbi pink gitu. Seorang blogger yang kreatif dan mahir dalam mendesign atau edit full template. Bagi blogger yang nak make over blog masing-masing boleh lah terjah eca untuk membuat tempahan atau pun bertanya lebih lanjut tentang servis beliau. Apa yang menarik kad raya eca ni handmade ok. memang kreatif eca siap ada riben lagi. suka shida tengok. Thanks eca untuk kad raya ini dan juga Bisness Card tu cantik!! :)
Kad yang terakhir kad raya ke12 ini datangnya dari Blogger Kartunster. Macam mana boleh dapat kad raya ni sebab shida masuk GA dari kartunster ni minta buat dialog kartun yang disediakan. Ha! boleh klik >> Bagi & Belag Giveaway Kartunster untuk imbasan GA yang mana satu shida maksudkan. so dah ingat?? Shida menang dalam GA itu dan kartunster bagi hadiah Kad Raya design sendiri dan juga sticker. Alhamdulillah bertambah kad raya shida tahun ni :) Thanks to kartunster kalau ada lagi segmen atau GA sila-sila invite shida. Dulu kawan-kawan shida pun suka lukis-lukis macam kartunster ni. tapi tak ada bakat sangat boleh la nanti senang shida snap kartun yang shida lukis sendiri tu :) Jom terjah blog Kartunster, menarik sangat-sangat blog dia!!
ucapan hari raya :)
sticker yang shida dapat dari Blogger Kartunster. Siap lekat terus dekat laptop shida :)
Tulisan yang awak tulis dekat alamat sampul surat tu cantik!! :)