Sakit kepala tau bila PKP, Pusat Tuisyen tak boleh beroperasi, lagi sakit bila nak bayar renter dan bil-bil. Walau tak operasi kesemua bil masih beroperasi seperti biasa. Entah la sampai bila boleh bertahan ni, harapan shida bila dah ada vaksin ni takde lah nak PKP lagi kan. Shida antara orang yang paling sakit kepala bila PKP dilaksanakan.
Jika lah dorang dengar keluhan ini, minta la kami peluang habiskan kelas untuk pelajar SPM ni. Tinggal berapa hari je lagi adik-adik ni nak duduki Peperiksaan yang menentukan kehidupan dan hala tuju mereka seterusnya. Apa-apa pun shida doakan yang terbaik buat semua pelajar spm shida, kalau nak sebut ramai korang! student spm shida ada 40 orang kesemuanya.
Dalam PKP dilaksanakan pun shida tak berkerja dirumah pun, masih datang tuisyen seperti biasa mengikut jadual gilir-gilir untuk menghabiskan kerja-kerja yang belum selesai lagi. Biasa dalam seminggu shida datang dalam 4 hari selang seli, kadang-kadang 3 hari. Walau bagaimanapun shida masih patuh SOP jika tak ada hal apa-apa memang tak keluar rumah.
Waktu bekerja time PKP pun berbeza, shida akan bekerja pada waktu pagi jam 9 sehingga 1 petang sahaja, selesai satu kerja shida balik, sambung pula lain hari. Lagi pun duk sorang-sorang dalam satu bangunan pun bosan juga, ralek buat kerja tengok jam dah pukul1 sat ja masa berlalu. Shida memang tekad tak nak buat kerja dirumah sebab lebih kepada tak buat dari buat hahahaaa 😂
So korang macam mana? PKP bersambung, masih bekerja macam biasa macam shida atau WFH? Mungkin ramai yang bekerja seperti biasa dan ada juga yang wfh kan. Walau bagaimanapun kita tetap dan perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Kita bekerja pun untuk membeli keperluan hidup, membiayai komitmen yang ada bayar sewa bayar bil-bil. Tak ada yang faham situasi kita melainkan kita sendiri ye dak? Shida sekadar meluah perasaan je 😊


