Rak Kasut Pembelian Dari Shopee

by - 07:00:00

Rak Kasut Pembelian Dari Shopee | Baru-baru ni shida ada order rak kasut tau dari shopee. Plan nak beli rak kasut ni lama dah sebenarnya. Nak beli pun disebabkan rak kasut yang sedia ada ni dah patah-patah besi dia. Shida guna rak kasut biasa yang tak ada alamari cuma stand tingkat-tingkat saja. Plan nak beli lambat lagi, sebabnya rak tu masih elok mula-mulanya.

Bukan tak nak survey kat kedai-kedai perabot cuma harga tu kadang-kadang tu tak masuk akal, mahal bebenor korang! Rak macam shida beli ni sampai 300 ++ itu yang membuatkan shida tengok juga pada shopee. Was-was tu memang ada, tambahan lagi beli barang berkayu kan takut bila sampai damage ke patah ke kan. Tapi tawakal jelah, sebab rak kasut tingkat tu dah patah bawah dia, stand pun tak stabil.

Ambil juga risiko beli saja dari shopee, mulanya masuk chart je dulu bila rak lama tu dah patah terus shida buka shopee tengok balik dalam chart ok masih ada dan tiba-tiba ada shocking sale tengah jalan dari harga 230.00 jadi 122.00 shida pun tengok dulu bahagian komen, rata-rata komen positif dan almari tu besar juga. Penghantaran cepat dari johor menggunakan J&T Alhamdulillah.

Ini lah rak kasut tu, datangnya bukan macam ni ye. Datang sekeping-sekeping macam papan, lepas husben shida siap pasang ikut manual yang diberi. Alhamdulillah selesai pasang, pemasangan tanpa drill tapi kalau pakai drill maybe laju sikit kerja ni. husben pasang mengambil masa dalam 1 jam lebih dan kena dua orang yang buat untuk bantu pegang sama.

Ini sisi dari dalam, muatlah kesemua kasut-kasut kami yang sedia ada, itu pun masih ada kosong beberapa untuk isi kasut baru gitu..hahhaaa..Lega dah kalau tak kepala asyik serabut je fikirkan rak kasut patah tu. Sorry la shida tak sempat nak snap gambar sebelum sebab rak tu dah patah, kasut-kasut pun bertaburan hahaa. Kalau korang nak beli juga boleh search dalam shopee mfdesign ya!

You May Also Like

18 Jari Ohsem

  1. wah..cantik..tertutup raknya..:)

    ReplyDelete
  2. Memang besar. Nasib baik harga sudah diturunkan.

    ReplyDelete
  3. Lawa jugak tu. Lecehnya kalau beli kt shopee sampai2 nk kena pasang sendiri . Tapi harga berbaloi

    ReplyDelete
  4. sy pon tak sudah-sudah add to cart shopee. tunggu waktu ada sale cecepat tengok balik pastu baru beli hehehe


    wahhhhh cantik kejadian rak kasut tu dah siap pasang :)

    ReplyDelete
  5. wahhh rezeki..dah la berpatutan harga nya..cantik pulak design die

    ReplyDelete
  6. love this !!!! rak kasut ni penting ! hahah klu boleh nak bertutup mcm ni juga baru tak berhabuk :)

    ReplyDelete
  7. cantik tersusun je kasut dekat dalam tu. Lega dah dapat rak kasut baru ganti yang patah tu hihi

    ReplyDelete
  8. wah ada ruang kosong, ada alasan boleh tambah lagi tu hihi..

    ReplyDelete
  9. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete
  10. Cantik rak kasut tue Shida.. kadang-kadang tue la, kena gamble la nak beli barangan seperti nie, sebab takut dapat barang tak berapa elok..

    ReplyDelete
  11. Baca entri kak shida teringat mak mertua nak rak kasut.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah barang yang dibeli menepati keinginan

    ReplyDelete
  13. Cantiknya rak kasut tu warna putih pulak tu.

    ReplyDelete
  14. cantik dan bagus betul seller tu wrap macam tu.

    ReplyDelete
  15. Senang beli kat shopee boleh survey harga dan banyak pilihan. betul shida kalau beli kat kedai perabot mahal, harga jauh beza. Cantik rak kasut shida pilih. banyak kasut boleh letak tu.

    ReplyDelete
  16. Menarik rak kasut ni kak..murah lak tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.