Resepi Sup Sayur Tanpa Minyak

by - 12:00:00

 

Resepi Sup Sayur Tanpa Minyak | Okay korang menu kali ni lain sikit dari yang lain di mana penggunaan bahan ringkas dan sihat tanpa menumis dengan minyak. Entah lah, tiba-tiba encik husben minta buat kan sup sayur tanpa menggunakan minyak ni. Kita layan kan jela selagi dia nak makan apa yang kita boleh masak.

Encik husben kata sekali sekala kita buat menu yang less minyak, bukan apa hari-hari masak dengan penggunaan minyak yang tak terkawal. Memang betul tapi sebenarnya kalau tak minyak banyak pun karang tak sedap pula lagi-lagi nak buat sambal, perlu minyak banyak untuk bahan tumis masak elok. Takpe yang penting jika ada banyak minyak berlebihan kita ceduk buang setel masalah kan!

Jom korang tengok resepi yang shida sediakan untuk menu Sup Sayur Tanpa Minyak. Bila makan sekali sekala begini sedap juga sebenarnya, hirup sup tanpa rasa bersalah hahahaa 

 

BAHAN - BAHAN :

  1. Karet sebatang kecil *potong memanjang atau half bulat
  2. Brokoli Suku *potong kecil-kecil ikut pokok dia
  3. Pucuk & Suhun 1 Paket *direndam dahulu
  4. Bawang Holand sebiji sederhana *dihiris
  5. Bawang Putih 2 ulas *dihiris
  6. Kiub Pati Ayam 1 (tak kisah brand apa)
  7. Air secukupnya
  8. Serbuk lada Hitam
  9. Gula & Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN (MASAK) : 

  • Tuang air secukupnya ke dalam periuk tunggu sehingga mendidih, setelah mendidih masukkan bawang holand dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan pula kiub pati ayam kacau-kacau sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan pula karet kacau rata biarkan air mendidih lagi sehingga karet lembut dan masukkan pula brokoli dan pucuk, biar kesemuanya mendidih masing-masing dah lembut masukkan pula suhun, serbuk lada hitam dan perasakan gula garam jika perlu.
  • Biar mendidih seketika then tutup api. Sedia untuk dihidangkan! Cadangan Menu untuk 2 ke 3 orang makan. Jika korang ahli keluarga ramai boleh gandakan bahan ya! Kecuali kiub tu satu pun dah cukup. Okay selamat Mencuba!

 

You May Also Like

35 Jari Ohsem

  1. Nampak yummy la Shida ^^
    tetiba mau sup sayur juga hehe

    ReplyDelete
  2. Mama Yan pun suka buat sup sayur tanpa minyak

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsi resepi. Nampak ringkas dan senang nak masak. Tp kebelakangan ni entah kenapa saya pula yg tak lalu makanan bersup 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerla lagi2 sup tanpa minyak..semua original rasa dia hehee

      Delete
  4. Wow! Mudahnya! Nanti saya nak cuba la :)

    ReplyDelete
  5. Sedap ni, hirup panas-panas...slurrrpp...slurrppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheee amboi kak amie..mendalami dn mbayangi resepi saya ni heheee 🤭🤭

      Delete
  6. bagus ni resepi yg sgt sihat..wah dah ada domain baru, tahniah juga.

    ReplyDelete
  7. atie suka soup sayur mcm ni juga.. ratah makan mcm tu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya atie kalau on diet sup mcm ni sgt ssuai..dan mengenyangkn 😊

      Delete
  8. bagus kurang minyak... lebih sihat!

    ReplyDelete
  9. Bagus untuk kesihatan ni . Tambah yang selalu jaga pasal pemakanan ni kan

    ReplyDelete
  10. Bagusnya kurang minyak, resepi lebih sihat. Tq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  11. Resepi sihat. Tq share, bila2 boleh cuba resepi ni:)

    ReplyDelete
  12. eat clean ni.. sedappp letak cauliflower byk²

    ReplyDelete
  13. sedap, tambah ikan kembung goreng hahaha

    ReplyDelete
  14. alamak malam2 tgk makanan..habislahh..heheh lapo lak

    ReplyDelete
  15. Terima kasih, hari2 masak sedap2 utk abg ❤️

    ReplyDelete
  16. xde minyak pun sedap juga ni

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya takde minyak pun sedap jugak masakan kita tue, betul tak..?

    ReplyDelete
  18. Sedap sup sayur ringkas tanpa minyak. hirup kuah panas panas sedap tu. Penggemar sayur macam fza memang suka lauk macam ni.

    ReplyDelete
  19. sedappp tuuu makan macam ni pun dah kenyang kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.