Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

by - 12:00:00

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api | Menu kali ni dah beberapa hari yang lepas, tak silap shida hari jumaat. Encik Husben request nak makan ketam memandangkan semalam tu dia beli ketam 3 ekor bersaiz agak besar bagi shida. Shida ni kalau husben bawa balik seafood mesti sedih hahaa sebab tak dapat makan sekali. Kadang-kadang tu shida ambil juga sikit buat pelepas teringin nak rasa.

Ketam ni memang sesuai jika dibuat masak lemak, selain tu boleh juga dibuat masak kari,masak pedas, masak sos tiram, masak kam heong dan banyak lagi sebenarnya. Semua jenis masakan shida dah cuba, tapi masak lemak kuning ni dengan masak pedas paling best. Disebabkan alahan kepada seafood shida goreng telur dan goreng pekasam daging sahaja untuk side shida.

Ada ke yang suka ketam buat masak lemak cili api ni? Cara masak dan bahan-bahan keperluan pun mudah sahaja bagi shida, semua ada didapur kita sahaja. Jom shida tengok resepi ini cara shida masak, yang mana masih baru nak belajar masak, turun ke dapur boleh ikut resepi mudah shida ni. Let start it :)

 

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

BAHAN - BAHAN :

  1. 3 ekor ketam yang dibersihkan dan diketuk bahagian-bahagian yang keras.
  2. Sebiji bawang besar - dikisar (yang besar sikit)
  3. 3 biji bawang putih - dikisar
  4. Sedikit halia - dikisar (sedikit tu maksudnya lebih kurang saiz sebiji bawang putih)
  5. Sedikit kunyit hidup - dikisar
  6. 5 ke 6 biji Cili Api - dikisar (bagi yang suka pedas boleh tambah bilangan cili)
  7. Sedikit serbuk kunyit - nak bagi warna kuah kuning,masuk sekali masa nak kisar bahan)
  8. 1 keping asam keping (yang kecil)
  9. Sebatang serai - di potong pendek & diketuk
  10. Sehelai daun kunyit - dihiris tebal
  11. 1 cawan air (jika nak kuah banyak/cair)
  12. 100ml santan (jika guna santan kotak kecil tuang separuh sahaja)
  13. Gula, garam & serbuk perasa (jika guna, tak guna tak perlu letak ya)

 

CARA MEMASAK :

  • Panaskan periuk korang, dan tuang bahan-bahan yang diksar (dari no.1 hingga 7) masukkan serai yang telah diketuk tu, kacau rata hingga kuah mendidih ya. Agak kuah dah masak dan naik bau boleh masukkan ketam dan asam keping, kacau rata sehingga ketam masak dan bertukar warna.
  • Setelah mendidih jika nak kuah lebih masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cukup,setelah itu masukkan pula santan dan kacau rata, kacau-kacau jangan bagi santan pecah. Bila dah cukup mendidih kuah kita bolehlah perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali boleh hiaskan kuah ketam ni dengan daun kunyit yang dihirs tebal tadi. Kacau-kacau seketika dan boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan. Cadangan menu ini untuk 2 orang makan. Selamat mencuba korang! :)

 

You May Also Like

34 Jari Ohsem

  1. Baru tengok gambar, dah telan air liur. Macam mana tu?

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketam.. Lama tak masak ketam.. Kat sini susah sikit nak jumpa.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke sha! try la search kot ada yg buat delivery :)

      Delete
    2. Adoi.. terliur ini.. ahahaha.. nak kena cari juga di pasar nie..

      Delete
  3. Favourite ketam masak lemak cili api Shida uii..kecur air liur tengok ketam masak lemak cili api. Biasa beli ketam masak lemak cili api je ada dalam kepala ni. Sedih betul kalau alergik makanan sedap sedap ni. rasa hujung hujung sudu jadilah shida. nanti makan lebih-lebih susah pulak nak kena hadap effect alergik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza,azab bila elergik mai tu..perghhh x tenang hidup sekejap huhuu^^ kalau dah teringin mmg rasa je jgn ckp byk..tp rasa sikit jela..

      Delete
  4. Hehe ketam susah nak kopek kulit. Walaupun tiada alahan, kurang minat makan.
    Memang ketam masak lemak cili api memang sedap sebab terasa manis isi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul org yg xsuka renyah2 ni mmg xpilih ketam utk mkn melainkan ade org kopek kan hahaha ^_^

      Delete
  5. Wah nampak sedap la kak shida!! Huhuuu Cik TK tak pernah masak ketam. Sebab ada yang elergik ketam kat rumah. Tapi kalau filamen ketam tu kami makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ader yg alergik tu yg ssh kan..mcm kak shida..tp msk juga utk suami nak makan hehee :)

      Delete
  6. hahahahaha rasanya selepas 30 thun, finally atie pandai makan ketam haha

    ReplyDelete
  7. aduyai sedapnya makan ketam masal lemak cili api. tengah sedut2 isi ketam kalau tersedap mau ilang nyawa tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..mamapp..lawak lah..pelan2 sedut tu ^_^

      Delete
  8. Allah! Sedapnya. Tolak dulu nasi ke tepi. Ratah2 ketam saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya dapat mkn ketam ni...itu perkara pertama saya buat..ratah je ^_^

      Delete
  9. sedapnya ketam. teringin pula nak makan..hehe

    ReplyDelete
  10. geram tengok, tapi tak bleh makan, gatal..huhuk

    ReplyDelete
  11. nyummy sedapnya ketam masak lemak cili api :)

    ReplyDelete
  12. Ketam masak lemak cili ni memang sekali sekala makan memang boleh ingat rasa . Cuma kadang stress penat kopek isi sikit haha

    ReplyDelete
  13. Belum pernah masak ketam, masak lemak cili padi lagi. Sedapnya rupa!

    ReplyDelete
  14. Sedapnye Shida... Fave sangat kalau masak lemak kuning/cili api gini.. tak kisah la masak lemak nangka, rebung, ayam, memang siap hirup kuah ...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.