Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api | Menu kali ni dah beberapa hari yang lepas, tak silap shida hari jumaat. Encik Husben request nak makan ketam memandangkan semalam tu dia beli ketam 3 ekor bersaiz agak besar bagi shida. Shida ni kalau husben bawa balik seafood mesti sedih hahaa sebab tak dapat makan sekali. Kadang-kadang tu shida ambil juga sikit buat pelepas teringin nak rasa.
Ketam ni memang sesuai jika dibuat masak lemak, selain tu boleh juga dibuat masak kari,masak pedas, masak sos tiram, masak kam heong dan banyak lagi sebenarnya. Semua jenis masakan shida dah cuba, tapi masak lemak kuning ni dengan masak pedas paling best. Disebabkan alahan kepada seafood shida goreng telur dan goreng pekasam daging sahaja untuk side shida.
Ada ke yang suka ketam buat masak lemak cili api ni? Cara masak dan bahan-bahan keperluan pun mudah sahaja bagi shida, semua ada didapur kita sahaja. Jom shida tengok resepi ini cara shida masak, yang mana masih baru nak belajar masak, turun ke dapur boleh ikut resepi mudah shida ni. Let start it :)
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
BAHAN - BAHAN :
- 3 ekor ketam yang dibersihkan dan diketuk bahagian-bahagian yang keras.
- Sebiji bawang besar - dikisar (yang besar sikit)
- 3 biji bawang putih - dikisar
- Sedikit halia - dikisar (sedikit tu maksudnya lebih kurang saiz sebiji bawang putih)
- Sedikit kunyit hidup - dikisar
- 5 ke 6 biji Cili Api - dikisar (bagi yang suka pedas boleh tambah bilangan cili)
- Sedikit serbuk kunyit - nak bagi warna kuah kuning,masuk sekali masa nak kisar bahan)
- 1 keping asam keping (yang kecil)
- Sebatang serai - di potong pendek & diketuk
- Sehelai daun kunyit - dihiris tebal
- 1 cawan air (jika nak kuah banyak/cair)
- 100ml santan (jika guna santan kotak kecil tuang separuh sahaja)
- Gula, garam & serbuk perasa (jika guna, tak guna tak perlu letak ya)
CARA MEMASAK :
- Panaskan periuk korang, dan tuang bahan-bahan yang diksar (dari no.1 hingga 7) masukkan serai yang telah diketuk tu, kacau rata hingga kuah mendidih ya. Agak kuah dah masak dan naik bau boleh masukkan ketam dan asam keping, kacau rata sehingga ketam masak dan bertukar warna.
- Setelah mendidih jika nak kuah lebih masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cukup,setelah itu masukkan pula santan dan kacau rata, kacau-kacau jangan bagi santan pecah. Bila dah cukup mendidih kuah kita bolehlah perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
- Akhir sekali boleh hiaskan kuah ketam ni dengan daun kunyit yang dihirs tebal tadi. Kacau-kacau seketika dan boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan. Cadangan menu ini untuk 2 orang makan. Selamat mencuba korang! :)

