Kesan & Efek Bila Tukar Ke Domain Baru | Assalamualikum korang! Entri kali ini khas untuk shida sebagai blogger dan rakan-rakan blogger yang lain untuk mengambil tahu dan mengambil kira sekiranya blog bertukar domain baru atau bertukar url blog adalah perkara yang berbeza dan kesan juga berbeza. Disni shida menjelaskan beberapa perkara yang shida tahu dan ada juga bertanya kepada beberapa orang mahir dalam domain dan blogspot.
Masalah seperti shida, menukar domain sedia ada kepada domain baru di atas url blogspot yang sedia ada tanpa menukar url blogspot. Okay faham dak?? 😁😁 Kebiasaaan yang mempunyai masalah seperti shida menukar domain kepada domain di atas tapak blogspot yang sama tidak menjadi masalah dalam jangka masa yang panjang, mungkin mengambil masa untuk pulih sedia kala selepas penukaran dalam 12 ke 24 jam untuk domain baru berfungsi.
Akan tetapi efek atau kesan buruk tetap ada sebagai contoh dari segi trafik kebiasaan yang kita terima, ia akan mengambil masa untuk pulih kerana domain baru tersebut. Selain itu juga, jika ada menggunakan pengiklanan seperti Nuffnang ke, Innity ke yang menggunakan secara manual untuk edit code maka ia efek juga.
Kesan-kesan lain seperti link-link dibahagian menu tab atau pun link-link yang kita kumpul seperti membuat satu page untuk tutorial atau tips yang menggunakan url domain lama jadi kena lah ubah juga secara manual. Jika dibiarkan nanti link - link tersebut tidak dapat diakses sepenuhnya. Rugilah kan kalau tak betulkan, jadi kena betulkan semula.
Lain pula kesan dan efek sekiranya korang tukar url blogspot kepada url blogspot yang lain. sebagai contoh duniashida.blogspot.com kepada shidaradzuan.blogspot.com. Okay kalau kes macam ni efek sangat besar tau! lebih baik fikir dalam-dalam sebelum nak tukar url blog korang.
Kesan yang terbesar adalah trafik hilang terus, lebih sayang jika blog kita tu dah lama, beberapa entri kita dah masuk dalam Engine Carian Google. Kiranya blog ini boleh dikatakan dalam kategori blog baru. Kebiasaan blogger yang selalu akses blog pun tak dapat nak cari kita melainkan kita dah war-warkan tentang penukaran url blog tersebut.
Macam entri pula ada yang shida google boleh kita backup dan dimasukkan semula ke dalam blog baru kita. Untuk hal ini shida tak explore habis sebab tak sama dengan hal yang shida lakukan sekarang. Walau bagaimana pun bak kata sifu blogger kita "efek tetap akan ada" Jadi kalau kita dah buat keputusan untuk menukar maka kita dah bersedia sebarang kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini.
Terima kasih shida ucapakan kepada mereka Bro Hasrul Hassan, Siti Awadah & Diana Rashid yang ada menjawab dan menerangkan beberapa perkara di atas tindakan shida untuk menukar domain baru ini. Diorang ni kalau tanya apa-apa memang tak lokek ilmu untk share tau!


