Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

by - 21:47:00

Dalam sedar tak sedar kita dah masuk ke penghujung september gais, sepanjang bulan september juga banyak juga  liku liku kehidupan yang berlaku yang suka dan duka. Cuma berharap semua berjalan dengan baik dan dipermudahkan, Inshaa Allah.

Untuk entri kalini shida nak turut serta dalam Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda by Blogger Suria Amanda atau senang digelar Kak SA. Giveaway dianjurkan bersempena ulang tahun kelahiran anaknya iaitu Dania.

Pejam celik dah besar anak dara Kak SA ni, dulu masa kak sa rajin cerita tentang dania masa tu kekanak lagi orangnya tapi dalam usia seperti sekarang dah macam adik beradik je mereka dua ni tau. Kalau keluar bersama mesti orang kata adik beradik bukan anak beranak hahaaa. kan kak SA.

 

Si Cantik Manis Ainnul Dania Huda - Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiranmu. Semoga berbahagia disamping keluarga dihari bahagiamu. Doa kak shida moga dania bergembira dengan kehidupan dan menjadi anak yang solehah dunia akhirat. Semoga berjaya dalam apa jua yang dania ceburi.

 

Okay dalam syarat giveway kalini korang perlu mengarang seberapa rangkap sajak untuk dania. Terus terang shida ni tak berapa tahu sangat bersajak kalau pantun tu boleh lah hahaa. Dulu time sekolah pun shida "budak art" bukan sastera 😄 Takpe sis cuba ya!

 

Dania pembuka kasih sayang tak ternilai

Membesar bahagia bersama keluarga dicintai

Membesarlah menjadi anak yang ditaati

Agar hidup lebih diberkati Illahi

Oh Dania..

Rupa paras yang menawan hati

Jagalah ia seperti mencintai diri sendiri

Belajar berdikari agar tak susah nanti

Wahai Dania..

Ilmu dikandung harus diamati

Agar digelar pelajar berprinsip

Cemerlang gemilang ke menara gading

Menjadi kebanggaan diakhir nanti


Maaflah sekiranya ada kekurangan dalam sajak ni, aduhai rasa segan pula bagi korang baca hahaa tak mencapai piawai langsung kahkah. Korang jangan gelak ye! serius shida tak kreatif dalam sasterawan ni tapi shdia cuba untuk adik dania kita. So korang yang nak join boleh klik banner dania di atas ya! Good luck juga untuk giveaway ini ya Kak SA.


You May Also Like

37 comments

  1. Best of luck Shida... Hihi bagi saya, okey dah nie.. Ada jugak bakat untuk cipta sajak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cuba je ni shikin 💕 terima kasih 😁

      Delete
  2. Thanks Shida sudi join....appreciated sangat....

    ReplyDelete
  3. Selamat maju jaya. Semoga terpilih sbg pemenang nanti.

    ReplyDelete
  4. Good luck Shida. Naniey sangkut tang sajak ni tak join giveaway Kak SA. Tak reti nak sajak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa shida pn xreti..tp cuba jela..harap dania Suka sajak ni..

      Delete
  5. best sajak awak Shida. kalah lah saya macam ni. hehe. Good luck ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa takde maknanyaa kalah..itu sajak biasa2 je 🤣🤣 good luck juga sal 👍

      Delete
  6. wow!!! Akhirnya siap juga sajak dia ye... all da best shida :p

    ReplyDelete
  7. hebat Shida berpuisi. Semoga ada rezeki Shida terpilih nanti.

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya. Menarik juga sajaknya.

    ReplyDelete
  9. Goodluck and all the best kak shida! ;)

    ReplyDelete
  10. good luck kak shida, tak pandai saya nak bersajak2 ni..

    ReplyDelete
  11. Shida berusaha. Sajak senang sedikit sebab bebas tidak perlu ikut rima hujung.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  12. oooo dia pun pandai berpuisi ya👍👍👍 good luck shida

    ReplyDelete
  13. Uishh goodluck kak shida. berbakat ni hehe kalau ika taktau jadi apa. T.T

    ReplyDelete
  14. pandai shida cipta sajak. mama mmg kelaut la.. good luck ye

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.