Resepi Maggi Kari Tumis Sedap & Mudah

by - 22:49:00

Lebih kurang pukul8 tadi encik husben request nak makan maggi kari, so kita pun carilah maggi kari ada ke tidak. Hah! nasib masih ada 2 bungkus lagi so boleh la masak untuk encik husben kita ni. Kalau style shida bila nak buat or masak maggi shida suka rebus atau masak maggi tu atas api, tak suka rendam macam tu je.

Kalau style encik husben pula, tak kisahlah maggi apa jenis pun dia rendam saja hahaaa orang laki begitu lah! bila kita kata rebuslah maggi tu, katanya pula alah sama je rebus ke rendam hahaaa πŸ˜‚. Bagi shida tetap tak sama, shida lebih suka rebus baru maggi jadi maggi yang betul hahahaa 😁

Berbalik topik asal kita, kali ni shida nak share satu resepi yang mudah tapi berbaloi bila masak sebab sangat sedap rasanya. Lagi-lagi kalau maggi kari shida lebih suka menumis dulu then boleh letak sayur dan bahan-bahan lain dalam tu baru ummmphh! jom tengok resepinya.

 Resepi Maggi Kari Tumis Sedap & Mudah

 

BAHAN-BAHAN MEMASAK :

  • 2 bungkus maggi kari (Any brand)
  • 2 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • Sebiji bawang besar saiz kecil - hiris
  • 2 biji bawang putih - hiris
  • Cili Padi 4 biji diketuk, kalau nak pedas letak lebih
  • 10 biji fishball belah dua
  • 2 pokok sayur sawi potong kasar asingkan batang dan sayur
  • Telur dua biji
  • Secukup rasa/garam sedikit, rasa dah okay tak perlu letak
  • Air secukupnya (800ml)
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK :

  • Mulanya masukkan minyak dalam periuk korang dan mula menumis bawang besar dan putih, dah layu masukkan serbuk kari tambah air sikit supaya rempah kita tak hangit. Dah pecah minyak tambahkan air dan serbuk kari yang dalam paket maggi tu ya, kacau rata. Kuah kalau nak banyak atau sikit korang adjust sendiri.
  • Tunggu sehingga kuah mendidih korang boleh masukkan batang sawi  dan fishball (terpulang jika nak tambah lauk lain boleh je) bila kuah dan bahan dah mendidih warna batang sawi dah bertukar boleh masukkan kepingan maggi.
  • Bila maggi dah sedikit lembut boleh terus pecahkan telur ya (pecah telur dalam kuah ya jangan atas maggi pula) curah-curah kuah atas telur lepas dah masak telurnya boleh masukkan daun sawi dan cili padi yang diketuk, kacau-kacau rata tutup api. 
  • Sedia untuk dihidangkan, cadangan resepi untuk 2 ke 3 orang makan ya. Selamat Mencuba!

You May Also Like

31 comments

  1. Ala Shida…akak rasa macam nak makan maggi pulak malam-malam ni πŸ˜‚
    Tergoda tengok maggi Shida. Tapi kalau dah malam gini, memang buat versi malas jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau dh tgh mlm pn pasti rebus juga dan letak mcm2 dlm tu haha

      Delete
  2. Biasalah Shida, lelaki kalau boleh nak senang je keje masak. Kalau rendam saja tak feel makan. Tapi dok asrama pernah buat macam tu sebab tak ada dapur kan. Samalah kita suka tumis tapi tak letak garam/serbuk perasa dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kn fiza..kalau deme masak lbh baik kita je..masak..hahahaa

      Delete
  3. sama la kita, kak shida. syu pon suka masak atas api. rendam klau tmpt tu takde api je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak last merendam time duk asrama hahaaa..msk tgh mlm pn kak shida buh juga atas dapur tu 😁😁

      Delete
  4. Wah tambah lagi serbuk kari memang makin kuat rasa kari. Hehe. Sama suka masak atas api daripada rendam biasa.

    ReplyDelete
  5. Walaupun mi segera tetapi kalau rajin olah, tambah pelbagai aksesori hasilnya memang terlajak sedap.... pergghhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak amie..sedap sgt kalu olah tmbah bahan2 lain

      Delete
  6. Kalau masak maggi pulak buat yang kuah sedang2. Kalau kering sangat pun tak best juga. Dia kena ada kuah sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak shida pn xsuka klu meggi bkuah buat kering..yg kering hnya meggi grg saja hehee

      Delete
  7. kalo suami sy msk megi sedap! kalo sy msk bse2 je.. haha

    alahai rs nk mkn megi la pulakkkkk..

    ReplyDelete
  8. Ramai cakap sedap. Belum cuba lagi. Nanti nak cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakn naniey..pasti lg sedap naniey msk hehee

      Delete
  9. Cakap pasal maggie, saya rasa maggie abah saya masaklagi sedap berbanding mak. Tapi dua dua saya suka. Takut pulak mak tetiba nampak comment saya ni. habis saya kena marah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaaa ini lawak 🀣🀣🀣

      Delete
  10. Dulu saya malas memang rendam je makan maggie, sekarang ni saya memang suka rebus style. lepastu letak sos cili thai. PERGHHH SEDAP

    ReplyDelete
  11. ammi kalau buat maggi kari tumis gini suka letak ikan bilis goreng garing. husband ammi takleh terima.

    lantak..awaknya takyah ikan bilis..kita punya letak ikan bilis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa...lantakkan..meggi kita yg msk..xgitu ammi 🀣🀣

      Delete
  12. Aduh.. sedapnya bila tumis.. tambah bila banyak bahan tambahan..

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaa
    Maggi kari rabia suka masak Maggi kari goreng

    ReplyDelete
  14. Terliur baca ni. Stail rendam tu zaman duduk kolej dulu je buat. Haha. Dah kat rumah mestilah nak rebus. Tambah sayur and telur. Baru feel.

    ReplyDelete
  15. Dulu duk asrama, rendam je. Sekarang ada dapur, masak atas dapur tapi tak pernah lagi tumis. Nanti saya try, tengok menjadi ke tidak hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.