Resepi Sayur Campur Goreng Kunyit Bersama Telur

by - 10:00:00

Sayur ni simple saja, mudah dimasak dengan beberapa step mudah. Orang yang baru belajar nak masak pun boleh ikut. Korang tau Sayur Goreng ni antara sayur yang paling kerap shida msak sebab sayur-sayur ni diantara sayur yang tahan lama bila simpan dalam fridge. Simpan seminggu pun masih elok digunakan.

Sayur goreng ni sama ada goreng biasa atau goreng tiram, goreng kunyit juga sedap. Bahan pun mudah dicari dan disediakan, siapa suka makan sayur seperti ini? Shida juga sejenis pemakan sayur memang boleh makan pelbagai jenis sayur dan tak kisah cara masakannya sup, goreng atau rebus.

 

Resepi Sayur Campur Goreng Kunyit Bersama Telur

 

BAHAN-BAHAN MEMASAK :

  1. Bawang holand sebiji - hiris nipis
  2. Bawang Putih 2 biji - hiris nipis
  3. Karet sebatang (saiz kecil) buang kulit dan potong memanjang
  4. Kacang Buncis 10 batang dibuang urat dan potong serong
  5. Cili masak/merah sebiji potong serong (buang biji)
  6. Telur sebiji
  7. Serbuk kunyit sedikit
  8. Serbuk secukup rasa atau garam
  9. Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK : 

  • Tuang minyak ke dalam kuali lebih kurang dua sudu besar, sementara tunggu kuali panas sayur yang korang dah potong dah cuci bersih dan tos. Ambil sayur letak dalam besen yang  besar dan gaul dengan serbuk kunyit.
  • Minyak dah panas masukkan bawang holand dan bawang putih, goreng sekejap lepas tu masukkan sayuran yang dah digaul dengan kunyit, kacau rata sehingga sayur masak. Masukkan pula cili merah gaul rata kemudian perasakan dengan secukup rasa atau garam. 
  • Macam shida masak sayur hanya guna secukup rasa tapi terpulang kepada masing-masing ya nak guna secukup rasa atau garam.
  • Lepas dah gaul rata korang rata kan sayur ketepi pecahkan telur atas kuali ya bukan atas sayur. Kacau-kacau telur sehingga masak then baru korang mix together semua bahan. Gaul-gaul rata beberapa minit tutup api dah boleh hidang. 
  • Cadangan hidangan masakan ini untuk 2 ke 3 orang makan. Selamat mencuba korang!

You May Also Like

34 comments

  1. Cantik warna warni sayurnya tu Shida.

    ReplyDelete
  2. Suka makan sayaur campur macam ni Shida. Betul, jenis sayur yang tahan lama. Tambah cendawan tiram sedap ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shida jenis kureng skit msk cndawan letak dlm sayur fiza πŸ˜‚

      Delete
  3. sedap betul kalau sayur goreng ada kacang buncis

    ReplyDelete
  4. wow nampak sedap tu. mama tak penah lagi pecah telur mcm ni. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  5. Sayur goreng kunyit pun boleh yek? Selalu gak buat sayur pecah telur tapi tak pernah letak kunyit lagi

    ReplyDelete
  6. Macam ni pun dah sedap makan kan kak shida

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kena plak dgn ikan goreng rangup sambal belacan..perghh

      Delete
  7. Ringkas tapi berhantu, lauk macam nilah. Bahaya.

    ReplyDelete
  8. Goreng kunyit makan dengan nasi putih panas memang sedap.. Ada minyak minyak sikit tu yang jadi penyedap tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu naniey..setuju sgt heheee minyak tu penyedap dia hehee

      Delete
  9. Sedap .. Makan dengan nadi putih dan sambal belacan ..memang umphhh

    ReplyDelete
  10. sedappp! suka gak mkn sayur camni..

    ReplyDelete
  11. kalau campur udang ke, sotong ke , isi ayam ke
    dah tak payah masak lauk lain
    cukup ada lauk dan sayur sekali

    ReplyDelete
  12. Ini sudah cukup sedap walaupun nampak ringkas.

    ReplyDelete
  13. Makan nasi panas2 cukup ade ikan masin ke ikan goreng ke kan kak..layan!

    ReplyDelete
  14. Lobak merah memang tahan lama. Memang suka buat sayur campur. Campak semua sayur.
    Pertama kali juga baca letak kunyit dalam sayur campur.

    ReplyDelete
  15. haha. betul. resepi simple even untuk orang pemalas macam saya. hihi

    ReplyDelete
  16. Cantik bila warna warni macam tu.. tq share resepi..

    ReplyDelete
  17. Kadang kadang sayur campur gini makan dengan nasi punn dah cukuppp (bagi saya lah) hehehe. Memang sedappp! Nak buat pun mudah ajeee.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.