Check-in dan Check-out MySejahtera

by - 13:13:00

Bagaimana MySejahtera membantu kita tangani covid19. Dengan aplikasi ini MKN dapat mengesan lebih ramai orang yang dijangkiti dan terjangkiti. MySejahtera adalah salah satu inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan bagi memudahkan proses mengenal pasti individu yang terkena jangkitan covid19 oleh individu lain yang membawa dan bergejala.

Dalam masa yang masa juga, kerajaan telah menaik taraf sistem aplikasi ini dengan menangani isu sijil lengkap vaksin yang disalahgunakan oleh individu lain yang tidak mengambil vaksin. Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu ini sangat pantas dan cepat.

Sistem Check-in dan Check-out MySejahtera yang di upgrade oleh kerajaan juga sangat menarik perhatian shida. Kalini shida rasa lebih mesra pengguna dan individu lain tidak lagi boleh menipu dan menyalahgunakan. Shida juga dah update MySejahtera yang terkini untuk mendapatkan paparan yang terbaru di dalam MySejahtera.

Bila korang dah update, paparan home page MySejahtera jadi seperti dalam gambar di atas. Paparan home page tu menunjukkan kawasan berisiko dan juga status vaksinasi. Sekiranya sudah lengkap dos akan tertera Fully Vaccinated.

Sekiranya korang check-in dimana-mana premis jangan lupa untuk check-out pula ya. Macam shida sendiri lepas check-in terus lock handfone, bila dah selesai urusan unlock handfone terus check-out pula, mudah kan? Apa yang susahnya, susah tu bila sendiri tak prihatin.

Bagus juga ada sistem macam ni, sekiranya berlaku kontek rapat jadi bila ada check-in dan check-out ia lebih memudahkan proses saringan yang patut dibuat terhadap individu. Ada sebab yang munasabah bila kerajaan buat pembaharuan seperti ini jangan lah pula kita pertikaikan.

Ingat ya korang! walaupun dah fully vaccin tak bermakna kita kebal, SOP masih lagi perlu kita patuh. Lagi pula sekarang kerajaan dah melonggarkan banyak sektor, Inshaa Allah ekonomi pula akan kembali pulih tetapi kita patut ada rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain dengan menjaga SOP.

Kesian KA entah apa dia buat sampai 12 tgh malam kat kedai tu 😂😂

You May Also Like

33 comments

  1. selalu gak terlupa check out..naik MRT hari Isnin petang..pagi Selasa baru persan tak checkout.

    mana je gi nyongket naik MRT ntah ammi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kena ingat ammi..bahya mcm tu..klau dh terlupa nk buat cmne kan..

      Delete
  2. CCL belum updte lagi mysejahtera . Mesti interface baru mysejahtera ni lagi memudahkan pengguna kan ..ada c/in dan c/out .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ccl..yg plg penting..paparan yg mnunjukkn kawasan risiko dan status vaksin..xperlu nk klik profile atau bhgian vaksin tu..

      Delete
  3. memang lebih mudah bila ada check out check in nie.. senang kkm nak trace berapa lama kita dekat sesuatu tempat..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. paham uncle..faktor usiamu 😁😁🤣🤣

      Delete
  5. Saya pun terlupa itu hariii..Hahahaha~ Balik kerja jam 6.30, tapi checkout dah pukul 10 lebih...Lol...Sabo jela...Cuba lagi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai..xpe masih baru..semua org pn begitu kan..Inshaa Allah lepas ni cuba praktik kan lg 😊

      Delete
  6. masuk kedai keluar kedai mmg standby je fon kat tgn..
    kena ingt nk check in check out.. haha
    tp suka ngn sistem baru mys ni!

    ReplyDelete
  7. kemudahan yang ada kita gunakan sebaiknya, sama-sama beri kerjasama.

    ReplyDelete
  8. Saya dah berapa kali lupa check out.. Beli burger tepi jalan pun lupa check out..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni cuba ingat kena check out ya fairus..bhaya tu..lg2 diluar tepi jlan..sng dpt kontek..

      Delete
  9. 😁 Suka apps MySejahtera yang baru ni.Masuk check-in, nak keluar check-out. 24 jam tangan pegang handphone bila keluar rumah sekarang ni. Dulu Syu pakai tinggal jer phone dalam kereta. Sekarang kena bawak sekali. Tak bawak nanti susah nak scan MySejahtera. Nak tulis dalam buku ada penyakit M sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak shida pn xsuka tulis..suk scan je mudah kurg bsentuhan..

      Delete
  10. Puas cari button check out x jumpa. Dah 3 minggu duduk kat satu restoran ni kalau ikut apps Mysejahtera. Huhu

    ReplyDelete
  11. Sekarang dah fully vaccinated dah. Tapi belum guna lagi fungsi check out tu sebab belum kemana mana lagi. Memang bagus aplikasi MySejahtera ni ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza..shida pn suka..skg ni..klua dgn husben..dia je yg scan hahaaa

      Delete
  12. ikutlah mana yg terbaik buat kita dan negara..benda simple kenapa nk rumitkan..betul x kak?

    ReplyDelete
  13. Saya harituuuu masuk kedai dalam mall 13/09, 16/09 baru teringat check out, aduhaiiii lama benor saya bertapa dalam kedai tuuu hahahaha.

    ReplyDelete
  14. Takpe lama-lama ingat. Biasa manusia.

    ReplyDelete
  15. Akak memang setakat ni asyik lupa nak check out. Baru-baru ni, pergi Econsave, dah bertukar hari baru check out. Mungkin akak tolong restock barang dalam Econsave tu ;)

    ReplyDelete
  16. Check in dan checkout ni bagus. Cuma ada UI seperti OUT tu tak kelihatan check out. Selalunya orang tua berumur akan keliru dah check out atau belum. Mungkin patut bila check out terus redirect ke homepage.

    ReplyDelete
  17. ni la antara perkara g mama selalu lupa buat

    ReplyDelete
  18. sy mcm tu jg. dah nk tido br tingat x check out lg ms beli goreng pisang tepi jln😆

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.