Comment Awaiting Moderation - Elak Spam Pada Komen Blog

by - 19:48:00

Boleh dikatakan setiap hari shida menerima komen spam (broken link) pada ruang komen blog shida ni. Kadang-kadang tu bukan satu dua je, kadang tu ada sampai sepuluh komen yang meletakkan link spam yang mempunyai virus jika diklik. Ini memang tidak bagus untuk blog kita sebenarnya.

Kenapa shida kata tidak bagus? Mestilah tidak bagus lagi-lagi yang berunsurkan virus dan boleh menjejaskan blog kita. lagi pula jika kita menggunakan  medium platform seperti google adsense. Perkara macam ni ada yang nampak sesuatu yang remeh tak perlu dipedulikan "Alah komen je pun" tapi jika dikesan oleh google adsense memang nahas!

Janganlah shida dah serik kena suspend acc ni hahaaa. memang kalau boleh nak elak perkara macam ni berlaku, tak sanggup dah nak tunggu 30 hari akaun ditutup gara-gara perkara remeh ini. Kebiasaannya spam-spam link ni akan muncul pada entri entri lama tak pun ada juga entri-entri baru seperti yang berlaku pada shida sekarang ni.

Comment Awaiting Moderation - Ramai blogger yang tak tahu fungsi setting comment yang dibuat oleh blogger ianya untuk Elak Spam Pada Komen Blog. Mungkin ada jenis yang tak perasan terus approved sahaja, bila dah banyak komen spam dah timbul satu masalah memang jenuh lah nak delete satu-satu nak cari.

Tadi shida saja klik link tersebut terus naik warning virus! terus shida pangkah dan clean semula. Tekan pada nama pemilik tersebut pun kosong so nampak sangat memang link spam yang tidak baik untuk kesihatan blog. 

Jika korang memang ada alasan tersendiri untuk tidak menggunakan nya terpulanglah kan sebab hak masing-masing cuma kena rajin lah selalu intai ruangan komen tu. Jika korang nak tukar mudah sahaja tutorial dia.

 

Tutorial tukar comment moderation pada komen blog

  1. Masuk pada setting bahagian menu sebelah kiri
  2. Tarik dan cari bahagian comment
  3. Pilih : Always - then tekan save

 

Selesai tiga step ni korang dah berjaya selamatkan blog kesayangan korang tu. So lepas ni bolehlah awasi setiap komen yang masuk. Jika ada link spam atau komen yang kurang menyenangkan boleh terus delete tanpa orang lain baca atau tertekan spam link tersebut.

Dalam kita menjaga blog kita, kita juga berjaya menjaga blog orang lain sama kira macam lindung blog sendiri lindung semua blog haaa gitu hahahaa. Okay korang terima kasih membaca bebelan shida kali ini kita jumpa next entri pula ya ๐Ÿ’‹


You May Also Like

28 comments

  1. Ya.. Saya juga menggunakannya.. Jika komen yang tidak berkaitan, saya padamkan sahaja..

    ReplyDelete
  2. memang menakutkan bila blog buat hal disbbkan link2 spam mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas peringatan dan panduan yang diberikan

    ReplyDelete
  4. Betul.. K ret dl mmg x letak komen moderation tp lps trace byknsgt komen2 ntah pape n link yg bkn2 trus terpaksa la guna komen moderation approve

    ReplyDelete
  5. Ccl pun guna moderation approve untuk elakkN komen yg berunsurkan spam

    ReplyDelete
  6. ya info yang baik. terima kasih.. :-)

    ReplyDelete
  7. Sejak berblog memang dah set siap siap macam tu. Mana masuk spam atau link terus delete je. Good sharing Shida.

    ReplyDelete
  8. mmg kacau la kalo ade spam ni!
    sy pon dh buat camni..

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing..

    pernah terjadi tapi sekrg mcm dah takde..kalau muncul lg, mungkin akan guna jg comment moderation ni..

    ReplyDelete
  10. Dulu selalu dapat juga link macam ni. Awaiting moderation ni Naniey on sebab takut terlepas pandang baca komen orang dan senang nak berkunjung balas kembali.

    ReplyDelete
  11. Abe kie mmg tapis dulu segala komen. Pas tu set kpd only google users can comment. Barulah aman hidup sikit....

    ReplyDelete
  12. aah kadang entah apa2 komen si spammer.

    ReplyDelete
  13. dr dulu lg sy dah gn. selain elak spam, tu jg cara sy nk tau sama ada sy dah BW ke belum. kalau komen x publish lg tu maknanya sy x BW lg. dah selesai semua br sy BW kt reading list๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  14. saya masih lg tak menggunakan moderation ni

    ReplyDelete
  15. Akak guna setting comment moderation sebab nyampah dengan komen2 spam tulah.

    ReplyDelete
  16. Akak lama tidak terima komen sampah.
    Memang bagus guna pengawasan komen.

    ReplyDelete
  17. kak mia memang guna ni. senang dan memudahkan nak tengok komen yang belum di approve. tu pun ada juga spam, terus delete aje.

    ReplyDelete
  18. Saya pun dapat spam yang sama. Pernah dapat 'komen' yang tak boleh delete. Sakit hatinya. Sejak tu guna awaiting moderation.

    ReplyDelete
  19. Okeyy, rasa nak try jugaklah ubah jadi comment moderation ni, sebab pernah jugak dapat komen pelik pelik.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kak di atas info yang diberikan. Supaya lebih berjaga-jaga...

    ReplyDelete
  21. Terima kasih ingatkan..saya pun dah buat setting tu :)

    ReplyDelete
  22. saya pun guna comment moderation ni sebab pernah kena spam dulu. lepastu set only google users je boleh comment baru lah aman sikit.

    ReplyDelete
  23. Memang banyak spam comments sekarang ni kan...

    ReplyDelete
  24. Sha memang pakai ini.. senang nak tapis komen..
    Kadang ada komen luar alam yang tak dijangka.. kikiki.. senang terus delete..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.