Boleh dikatakan setiap hari shida menerima komen spam (broken link) pada ruang komen blog shida ni. Kadang-kadang tu bukan satu dua je, kadang tu ada sampai sepuluh komen yang meletakkan link spam yang mempunyai virus jika diklik. Ini memang tidak bagus untuk blog kita sebenarnya.
Kenapa shida kata tidak bagus? Mestilah tidak bagus lagi-lagi yang berunsurkan virus dan boleh menjejaskan blog kita. lagi pula jika kita menggunakan medium platform seperti google adsense. Perkara macam ni ada yang nampak sesuatu yang remeh tak perlu dipedulikan "Alah komen je pun" tapi jika dikesan oleh google adsense memang nahas!
Janganlah shida dah serik kena suspend acc ni hahaaa. memang kalau boleh nak elak perkara macam ni berlaku, tak sanggup dah nak tunggu 30 hari akaun ditutup gara-gara perkara remeh ini. Kebiasaannya spam-spam link ni akan muncul pada entri entri lama tak pun ada juga entri-entri baru seperti yang berlaku pada shida sekarang ni.
Comment Awaiting Moderation - Ramai blogger yang tak tahu fungsi setting comment yang dibuat oleh blogger ianya untuk Elak Spam Pada Komen Blog. Mungkin ada jenis yang tak perasan terus approved sahaja, bila dah banyak komen spam dah timbul satu masalah memang jenuh lah nak delete satu-satu nak cari.
Tadi shida saja klik link tersebut terus naik warning virus! terus shida pangkah dan clean semula. Tekan pada nama pemilik tersebut pun kosong so nampak sangat memang link spam yang tidak baik untuk kesihatan blog.
Jika korang memang ada alasan tersendiri untuk tidak menggunakan nya terpulanglah kan sebab hak masing-masing cuma kena rajin lah selalu intai ruangan komen tu. Jika korang nak tukar mudah sahaja tutorial dia.
Tutorial tukar comment moderation pada komen blog
- Masuk pada setting bahagian menu sebelah kiri
- Tarik dan cari bahagian comment
- Pilih : Always - then tekan save
Selesai tiga step ni korang dah berjaya selamatkan blog kesayangan korang tu. So lepas ni bolehlah awasi setiap komen yang masuk. Jika ada link spam atau komen yang kurang menyenangkan boleh terus delete tanpa orang lain baca atau tertekan spam link tersebut.
Dalam kita menjaga blog kita, kita juga berjaya menjaga blog orang lain sama kira macam lindung blog sendiri lindung semua blog haaa gitu hahahaa. Okay korang terima kasih membaca bebelan shida kali ini kita jumpa next entri pula ya 💋