Setiap Orang Memiliki Ujian Yang Berbeza

by - 16:50:00

Setiap Orang memiliki Ujian Yang  Berbeza dengan orang lain. Yes! shida setuju bab tu, kerana ujian datang kepada kita tak sama kerana tahap kekuatan kita berbeza. Allah uji kita kerana kita mampu hadapinya. Kesemuanya ada hikmah disebaliknya, hikmah yang kita sendiri tak sangka akan terima dari Allah swt.

Dengan ujian yang kita hadapi hendaklah kita terima dengan redha dan tangani dengan baik. Setiap ujian pasti akan ada hikmah disebaliknya. Ujian pula datang dengan berbeza-beza dengan orang lain sebagai contohnya yang biasa berlaku didepan mata kita.

 

Ada yang mendapat pasangan yang baik namun kekurangan harta.

Ada yang memiliki ramai anak namun Allah menjemput dulu pasangannya.

Ada yang memiliki harta melimpah namun sulit mendapat keturunan.

Ada yang Allah uji dengan kesendirian yang tak kunjung berakhir.

Ada yang boleh menikah namun mendapat pasangan nirakhlak.

Ada yang dikurniai keturunan namun Allah uji dengan penyakit berat.

Ada yang anaknya sihat namun menjadi anak derhaka.


Banyak lagi sebenarnya, namun setiap manusia itu diciptakan dengan cobaan masing-masing untuk menguji keimanannya. Saat kita melihat kenikmatan orang lain, mulakan berfikir sejenak "boleh jadi dia punyai ujian lain yang aku tak sanggup memikulnya".

Marilah kita sama-sama berhenti meratapi kekurangan yang kita miliki, mulalah merasai jutaan kesyukuran nikmat yang Allah swt beri kepada kita. Semoga kita semua sentiasa berada didalam kesyukuran dan gembira dengan nikmat yang ada, sama-samalah kita bermuhasabah diri.

You May Also Like

18 comments

  1. Setiap orang buku takdir masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Ya, mudah-mudahan kita menjadi sebahagian daripada hamba-NYa yang tahu bersyukur. Sesungguhnya susah dan senang itu adalah ujian belaka.

    ReplyDelete
  3. Semoga semua yang ditimpa ujian dapat menghadapinya dengan baik

    ReplyDelete
  4. bersyukur di atas segala limpah anugerah yang kita miliki

    ReplyDelete
  5. Suka baca content macam ni untuk mengingatkan saya yg bukan saya sorang saja yg ada ujian. Kadang saya terlalu leka dalam dunia sendiri. Terima kasih for the sharing ☺️

    ReplyDelete
  6. setuju kak, setiap orang diberikan ujian yang berbeza oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  7. Kerana Allah Maha Adil. Setiap dari kita ada ujian tersendiri.
    Nikmat yang datang juga satu ujian, bersyukur atau kufur?

    ReplyDelete
  8. Setiap orang ada ujian
    Cuma ujian berbeza je

    ReplyDelete
  9. Betul tu Shida, ujian setiap orang berbeza. Jalan hidup juga berbeza. Semoga kita terus jadi manusia yang sentiasa bersyukur. Allah uji tanda Allah sayang :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas peringatan, Shida. Kadang-kadang rasa tak larat nak menghadap ujian, tapi saya anggap saa itu kifarah dosa-dosa sendiri.

    ReplyDelete
  11. Jadikan kita merendah diri, sedar diri lemah.

    ReplyDelete
  12. Lain orang, lain ujiannya. Allah takkan uji kalau Dia tahu hambaNya tak mampu menghadapi ujianNya.

    ReplyDelete
  13. Betul, ujian berbeza beza, mintalah hati yang tetap tabah untuk melaluinya..Dan jangan pula happy tgk org lain terkena ujian yang berat, kita tak tahu masa kita bila... Kan

    ReplyDelete
  14. Yea, betul sangat seperti apa yang awak katakan tue..

    ReplyDelete
  15. setuju. Depan orang tunjuk yang happy je tapi dekat belakang besar dugaan dan masalah dia. Selalu bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang kita dapat

    ReplyDelete
  16. betul tu masing2 ada bahagian masing.. kepada yg diuji tu bukan saja dari segi sesuhanan. kesenangan pun satu ujian juga

    ReplyDelete
  17. Betul tu shida.. setiap orang melalui ujian yang berbeza-beza..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.