Sayur ni simple saja, mudah dimasak dengan beberapa step mudah. Orang yang baru belajar nak masak pun boleh ikut. Korang tau Sayur Goreng ni antara sayur yang paling kerap shida msak sebab sayur-sayur ni diantara sayur yang tahan lama bila simpan dalam fridge. Simpan seminggu pun masih elok digunakan.
Sayur goreng ni sama ada goreng biasa atau goreng tiram, goreng kunyit juga sedap. Bahan pun mudah dicari dan disediakan, siapa suka makan sayur seperti ini? Shida juga sejenis pemakan sayur memang boleh makan pelbagai jenis sayur dan tak kisah cara masakannya sup, goreng atau rebus.
Resepi Sayur Campur Goreng Kunyit Bersama Telur
BAHAN-BAHAN MEMASAK :
- Bawang holand sebiji - hiris nipis
- Bawang Putih 2 biji - hiris nipis
- Karet sebatang (saiz kecil) buang kulit dan potong memanjang
- Kacang Buncis 10 batang dibuang urat dan potong serong
- Cili masak/merah sebiji potong serong (buang biji)
- Telur sebiji
- Serbuk kunyit sedikit
- Serbuk secukup rasa atau garam
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
- Tuang minyak ke dalam kuali lebih kurang dua sudu besar, sementara tunggu kuali panas sayur yang korang dah potong dah cuci bersih dan tos. Ambil sayur letak dalam besen yang besar dan gaul dengan serbuk kunyit.
- Minyak dah panas masukkan bawang holand dan bawang putih, goreng sekejap lepas tu masukkan sayuran yang dah digaul dengan kunyit, kacau rata sehingga sayur masak. Masukkan pula cili merah gaul rata kemudian perasakan dengan secukup rasa atau garam.
- Macam shida masak sayur hanya guna secukup rasa tapi terpulang kepada masing-masing ya nak guna secukup rasa atau garam.
- Lepas dah gaul rata korang rata kan sayur ketepi pecahkan telur atas kuali ya bukan atas sayur. Kacau-kacau telur sehingga masak then baru korang mix together semua bahan. Gaul-gaul rata beberapa minit tutup api dah boleh hidang.
- Cadangan hidangan masakan ini untuk 2 ke 3 orang makan. Selamat mencuba korang!