Pucuk Paku Tumis Kicap | Resepi #shidamasakje | Assalamualaikum korang 😊 sihat ke semuanya sahabat-sahabat shida ni? Alhamdulillah hari isnin yang indah seperti biasa, kena memasak lah. Kebiasaan orang weekdays berpeluang memasak kan tapi untuk shida sabtu dan ahad shida offday memasak kecuali jika terkena cuti umum pada sabtu atau ahad. Macam biasalah orang sabtu ahad cuti berehat dirumah shida lain kena bekerja. Memang berbeza la dengan orang yang bekerja ikut office hour kan.
Menu yang tak kecuali dan boleh dikatakan kegemaran kami berdua (shida dan encik husben) iaitu pucuk paku tumis kicap. Selain tumis kicap pucuk paku juga boleh dibuat masak lemak cili api, goreng belacan, tumis pedas dan banyak lagi sebenarnya. Kebiasaannya menu yang paling mudah pucuk paku tumis kicaplah, cara nak masak pun mudah saja.
BAHAN - BAHAN :
- Pucuk paku seikat (siap cuci dan siang)
- Bawang merah sebiji (dihiris)
- Bawang putih 2 biji (dihiris)
- Ikan bilis sedikit dalam 10 ke 15 ekor (dibasuh)
- Cili Merah sebiji (potong serong)
- Kicap lemak manis
- Secukup rasa sedikit
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak di dalam kuali, dah panas goreng dulu ikan bilis, sebelum garing masukkan bawang besar dan putih yang telah dihiris. Goreng hingga naik bau bawang-bawang tu.
- Lepas masukkan cili merah dan kicap, kuantiti kicap terpulang ya, jangan terlalu banyak agak-agak saja, nak berkuah tambah air je.
- Kacau rata dan masukkan pula pucuk paku. Jika jenis yang suka berkuah boleh tambah air sedikit. Last masukkan perencah secukup rasa, gaul-gaul rata. Pucuk paku pun dah sedikit layu dan lembut boleh tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan, mudah kan? Cadangan menu untuk 2 orang. Jika ramai boleh gandakan bahan-bahan ya. Selamat mencuba!

