Menu Masakan #shidamasakje

by - 11:00:00

Alhamdulillah, hari ini shida masih diberi kesempatan untuk menaip entri lagi untuk bacaan korang. Bulan kesibukkan dengan bermulanya musim cuti persekolahan ini masih ada ke yang masih buka blog dan blogging atau pun dah packing bag untuk pulang ke kampung atau bercuti.

Sekarang ni dah boleh merentas daerah dan negeri tanpa sebarang pengawasan jadi ramai je yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan, bercuti, pulang ke kampung dan ada juga yang hanya duduk rumah berehat.

Samalah seperti shida, elok rentas negeri di benarkan terus ada perancangan keluarga untuk berkenduri kendara serta terus bercuti. Ini orang panggil alang-alang dah cuti untuk kenduri kami plan terus untuk bercuti. Lama dah tak bergerak jauh-jauh dengan encik husben, puas hati dapat ke sana ke sini hahaa.

Sebenarnya Menu Masakan #shidamasakje ni pun yang lepas-lepas punya masakan yang shida masak belum sempat shida upload. Beginilah seorang shida kadang-kadang tu rajin nak upload kadang-kadang tu datang mood malas, gambar pun takde terus ceduk nasi makan jer hahaaa.

Menu paling awal ini shida masak Asam Pedas Ikan Pari resepi by mak shida. Lauk tambahan adalah Ayam Goreng untuk husben sebab tak makan ikan, Sayur Goreng Tiram dan Sayur Lemak Labu Kuning dari mak shida, kami bertukar juadah dengan asam pedas tu. Alhamdulillah kenyang makan asam pedas ikan pari, feveret shida juga tu.

Menu seterusnya ringkas-ringkas sahaja, Udang Masak Lemak Cili Api dan Sayuran Masak Lemak Putih. sayur ni lebih kepada shida makan sebab shida tak makan seafood alergik so shida gu kan masak lemak putih ni makan dengan Sambal Garing Bilis Pucuk Ubi fuh! sedap!

Dah tak reti mereka masakan. kita ulang je menu feveret shida hahaaa Ayam Masak Merah a.k.a Sambal Ayam lawan dia dengan Sayur Campur Goreng. Shida dan husben suka makan sayur macam ni dan semenjak shida masak untuk husben dia dah jadi penggemar sayur hahaaa (nampak sangat dulu tak makan sayur kan!)

Okay next masih masakan yang ber air-air orang kata hahaaa. Bosan dah nak masak apa sebenarnya shida buat Tomyam Sayur pula dengan Sotong Goreng Kunyit salut tepung sikit dengan Telur Dadar. Makan tomyam ni shida lebih suka buh sayur sahaja tanpa lauk. 

Menu yang terakhir ni boleh dikatakan set menu kegemaran encik husben shida. Gulai Daging, Sambal Belacan + Tempoyak , Ulam Bendi Celur dan Telur Masin. Kalau tengok husben makan menambah memang kena dengan selera dia hahaa. Shida ni kalau makan kari mesti gu dengan tempoyak tau!

Selesai lima menu masakan shida untuk entri kali ini. Manalah tahu boleh jadi inspirasi untuk korang cipta menu nak masak tengahari nanti kan. Rasanya menu masakan shida ni semua orang pun makan senang kata tekak orang melayu juga, hehee. Okay korang shida blogwalking dulu ya! Happy reading!

You May Also Like

23 comments

  1. Betul shida, dah boleh keluar, jadi blog buka bila di rumah sahaja. kadang kat rumah dah penat pulak. adeh. haha

    ReplyDelete
  2. suka semua menu Shida terutama asam pedas tu. nampak merah menyala kuah

    ReplyDelete
  3. nampak sedap menu masakan kak shida.. saya sejak2 dibenarkan merentas sempadan ni, tak ke mana-mana lagi...

    ReplyDelete
  4. Uncle aim sayur masak putih dan elur masin tu! Yum!

    ReplyDelete
  5. Geram pulak tengok telur masin tu haaa.

    ReplyDelete
  6. Meriah. Menu nampak seimbang. 👍

    ReplyDelete
  7. Shedapnyaaaa asam pedas ikan pari!

    ReplyDelete
  8. sedap semua menu.... aduh lapar la pulak, rajin betul tau akak ni selalu balik kerja dah malas

    ReplyDelete
  9. mama dtg bvawa pinggan ni. sedap2 menu shida

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak shida masak gulai daging buat telur masin dengan bendi celur pulak tu fuhhhh tersandar kalau makan

    ReplyDelete
  11. Lauk semua membangkit selera. Tiada kata lauk itu tidak minat, semua boleh masuk mulut. Hehe.

    ReplyDelete
  12. belum berkesempatan balik kpg..huhu..homecooked is the best!!

    ReplyDelete
  13. Mintak sikit Telur masin tu .... hehe

    ReplyDelete
  14. Shida kalau masak berjenis jenis lauknya. Menyelerakan lagi bila lauk ada ulam dan sambal belacan tu.

    ReplyDelete
  15. Wahhhh . shedapnyaaaaa yang masak tiram tu

    ReplyDelete
  16. Sedap-sedap semua menu shida.. Sha paling suka asam pedas tu.. mengancam sungguh..

    ReplyDelete
  17. pehh sambal belacan tempoyak sedap oo..

    ReplyDelete
  18. Tu dia meriah! sambal belacan tu paling mengamit! hhehe

    ReplyDelete
  19. semua menu sedap.. Rajin shida masak..

    ReplyDelete
  20. Adudu sedapnya..

    http://www.mamapipie.com/2021/12/20-top-commentor-tahun-2021-blog.html

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.