Masih Ada Yang Rindu?

by - 20:51:00

Assalammualaikum semuanya kesayangan shida, Allahuu mohon Maaf terlalu lama shida meninggalkan blog tanpa sebarang coretan huhuu. Rasa bersalah pula korang, hurmm apa khabar korang? harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja ya. Masih Ada Yang Rindu? 😊

Dalam seminggu dua selepas balik dari bercuti memang agak kesibukan kerana perjanjian yang harus ditunaikan. Sebenarnya shida ni sibuk dengan Kedai Baru kakak shida, banyak menguruskan hal itu ini selepas balik dari majlis adik ipar dan bercuti.

Disebabkan sebuah perjanjian itulah terpaksa abaikan bermingu-minggu blog kesayangan ini. Oh lupa pula Kedai Baru kakak shida tu sebenarnya sebuah kedai vendor. Bagi yang tahu mungkin faham konsep kedai vendor macam mana kan.

Sibuk dari segi buat kerja-kerja disebalik tadbir saja, kerja-kerja admin dan sekarang alhamdulillah dah dapat sorang staf so boleh la shida lepas tangan bagi staf baru pula sambung buat kerja. Ajar lah mana yang patut untuk dia tahu.

Disebabkan Pusat Tuisyen bersambung pula buka kedai vendor ini. Harap dapat kekal lama dengan izinnya. Shida hanya bekerja dengan kakak seminggu sekali sahaja iaitu pada hari isnin sebab cover staf cuti setiap isnin hari lain-lain seperti biasa tolong encik husben kat pasar. 

Korang bagi masa sikit ya untuk shida perbetul balik dari segi masa dan lain-lain. Inshaa Allah tak culas dah lepas ni hahaaa 😁 Inshaa Allah kerja-kerja blog akan berjalan seperti biasa selepas ini, moga shida terus istiqomah dengan kerja-kerja blog.

Terima kasih korang yang sudi singgah dan bagi kata-kata semangat bila shida down, bila shida susah hati dan sebagainya. Moga Allah swt membayar kesemua kebaikan korang pada shida selama ini, biu biu biu 💕

You May Also Like

18 comments

  1. Ada!! Kita rindu akak. He~
    Takpe, take your time kak. Semoga semua kerja akak berjalan dengan lancar & dipermudahkan 😊💕.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syu sudi singgah blog kak shida :)

      Delete
  2. Rindu. Harap Shida sudah hilang penat sebab sebelum ini Shida mengadu penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu Terim kasih NA, penat yg xpernah hilang..

      Delete
  3. go shida go hehe. btw, jomlah join giveaway dekat blog kita. manalah tahu menang kan? hehe done follow :)

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan shida..
    sy pon lame sgt dh abaikan blog.. selagi xcuti sklh mmg bz ngn mcm2 keje.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ezy..rajin tgk story ig ezy jaa hehehee

      Delete
  5. singgah sini..lawat shida..:)

    ReplyDelete
  6. Ada. Hehe.. takpe Shida. Semoga urusan Shida Dan keluarga dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  7. sama lah kita kak, saya ni takde la bz mane pon, tapi tahap kemalasan tu teruk sgt. nak tgk blog pon malas... hahahah

    ReplyDelete
  8. Take your time..
    Sha doakan semoga semua urusan Shida dan keluarga dipermudahkan.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. rindu tu dah tentu Shida. Seronok dapat baca cerita hari hari. Bisnes nak mula memang agak sibuk sikit. lama lama dah adapt, inshaAllah terkawal nanti. Semoga bisnes keluarga Shida bertambah tambah maju. Aaminn...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.