Hello November

by - 00:00:00

Hello November, Alhamdulillah dapat lagi kita semua bertemu dalam bulan yang baru dan lembaran baru. Hari ini setelah sekian lama menyepi shida dapat update lagi blog. Maaf kali ini shida tinggal sekali lagi blog dalam tak berupdate tanpa sengaja.

Bila badan bercampur penat ni shida memang takleh melawan lagi terpaksa rela untuk berhenti seketika. Yes! masih sama, shida masih dibelenggu kepenatan. Sejak-sejak akhir ni badan cepat betul letih dan tak boleh kawtim lagi sekarang, bila letih flat terus!

Bila mana badan memerlukan rehat yang cukup panjang maka shida redha. Alhamdulillah 1 November shida bangkit menulis semula. Betul korang selama tak update shida hanya berehat sahaja. Nampak katil terus nak lena saja tanpa fikir perkara lain. Maafkan saya!

So lebih lima hari shida tak update blog! korang apa khabar? harap-harap sihat hendaknya ya. Shida  2 3 harini selain berehat terkena pula setiap malam alergik tiba-tiba. Lepas mandi pasti naik entah apa masalahnya pula sabar jelah! Roll on yang selalu shida sapu tu pun dah nak kena restok, asyik sapu sapu sampai ringan dah!

Nampak gaya kena makan ubat semula lah bila tengok elergik seakan hampir setiap hari naik huhuu. Kadang-kadang tu berpeluh sakan pun shida tak tahan dah sekarang mesti naik gatal-gatal badan. Semakin tua semakin sensitif pula shida rasa hurmmm.

Okay lah korang shida pun dah lama tak blogwalking, dah banyak cerita dari blog korang shida tak membaca rindu pula rasa. Tunggu ya shida blogwalking blog ke blog. Semoga hari indah korang disaluti kegembiraan bersama keluarga tercinta, stay safe 💕

You May Also Like

21 comments

  1. Semoga dianugerahi keafiatan dan kebahagiaan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  2. take care dear, curi2 masa utk rehatkan badan. sama la kita..usia makin bertambah ni kan.
    moga hari2 mendatang lebih baik dr hari2 yg lalu. have a good day!

    ReplyDelete
  3. Mungkin kena cari vitamin untuk tambah tenaga.
    Takpe perlahan-lahan menulis.

    ReplyDelete
  4. xpe shida.. kalo perlukan rehat, just rehat je.. take ur time.. sy pon bz ngn keje kdg xsempat nk ngadap blog..

    kulit sy pon sensitif.. pkai tudung bawal satin pon jd gatal2 kat leher.. sabar jela.. hehe

    ReplyDelete
  5. Kalau penat sangat, rehat dulu, Kak Shida. Kesihatan perlu diutamakan. Semoga Kak Shida sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan Shida dan semoga cepat bertenaga seperti sedia kala..

    ReplyDelete
  7. Thanks Shida. Hadiah Shida dah sampai. Naniey baru je ambil sebab baru je tengok kat post box. Semoga murah rezeki Shida..

    ReplyDelete
  8. Selamat menempuh November, Shida. Jangan lupa to give yourself a break. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa ceria, kuat dan bertenaga. Take care!

    ReplyDelete
  9. sama la kita, kalau badan dah tak larat tu memang cari katil je. tak mampu dah nak mengarang

    ReplyDelete
  10. Take care shida ya. Semoga kembali cergas. ❤️

    ReplyDelete
  11. Mungkin sebab kalau panas berpeluh tu yang puncanya kot Shida. Semoga cepat baik Shida. Take care. Semoga yang baik baik je di hari hari mendatang. Aaminn...

    ReplyDelete
  12. Take care kak
    Itulah singgah juga blog kak
    Hari ini bru perasan kak update

    ReplyDelete
  13. Take care Shida. Yaya pun sama, penat otak. Hahha..Terabai sungguh blog kebelakangan ni.

    ReplyDelete
  14. Get well soon akak. Zaman alergik Syu dah lama berlalu. Harap tak kena lagi bila umur dah makin nak senja ni. Tak lalu nak hadap.

    ReplyDelete
  15. Happy November! Semoga dipermudahkan segala urusan Kak Shida.

    ReplyDelete
  16. take care kak shida, semoga dikuniakan kesihatan yang baik selalu...

    ReplyDelete
  17. sekejapan dah november, dan nak abis tahun dah kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.