Hello November, Alhamdulillah dapat lagi kita semua bertemu dalam bulan yang baru dan lembaran baru. Hari ini setelah sekian lama menyepi shida dapat update lagi blog. Maaf kali ini shida tinggal sekali lagi blog dalam tak berupdate tanpa sengaja.
Bila badan bercampur penat ni shida memang takleh melawan lagi terpaksa rela untuk berhenti seketika. Yes! masih sama, shida masih dibelenggu kepenatan. Sejak-sejak akhir ni badan cepat betul letih dan tak boleh kawtim lagi sekarang, bila letih flat terus!
Bila mana badan memerlukan rehat yang cukup panjang maka shida redha. Alhamdulillah 1 November shida bangkit menulis semula. Betul korang selama tak update shida hanya berehat sahaja. Nampak katil terus nak lena saja tanpa fikir perkara lain. Maafkan saya!
So lebih lima hari shida tak update blog! korang apa khabar? harap-harap sihat hendaknya ya. Shida 2 3 harini selain berehat terkena pula setiap malam alergik tiba-tiba. Lepas mandi pasti naik entah apa masalahnya pula sabar jelah! Roll on yang selalu shida sapu tu pun dah nak kena restok, asyik sapu sapu sampai ringan dah!
Nampak gaya kena makan ubat semula lah bila tengok elergik seakan hampir setiap hari naik huhuu. Kadang-kadang tu berpeluh sakan pun shida tak tahan dah sekarang mesti naik gatal-gatal badan. Semakin tua semakin sensitif pula shida rasa hurmmm.
Okay lah korang shida pun dah lama tak blogwalking, dah banyak cerita dari blog korang shida tak membaca rindu pula rasa. Tunggu ya shida blogwalking blog ke blog. Semoga hari indah korang disaluti kegembiraan bersama keluarga tercinta, stay safe 💕