Assalammualaikum semuanya kesayangan shida, Allahuu mohon Maaf terlalu lama shida meninggalkan blog tanpa sebarang coretan huhuu. Rasa bersalah pula korang, hurmm apa khabar korang? harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja ya. Masih Ada Yang Rindu? 😊
Dalam seminggu dua selepas balik dari bercuti memang agak kesibukan kerana perjanjian yang harus ditunaikan. Sebenarnya shida ni sibuk dengan Kedai Baru kakak shida, banyak menguruskan hal itu ini selepas balik dari majlis adik ipar dan bercuti.
Disebabkan sebuah perjanjian itulah terpaksa abaikan bermingu-minggu blog kesayangan ini. Oh lupa pula Kedai Baru kakak shida tu sebenarnya sebuah kedai vendor. Bagi yang tahu mungkin faham konsep kedai vendor macam mana kan.
Sibuk dari segi buat kerja-kerja disebalik tadbir saja, kerja-kerja admin dan sekarang alhamdulillah dah dapat sorang staf so boleh la shida lepas tangan bagi staf baru pula sambung buat kerja. Ajar lah mana yang patut untuk dia tahu.
Disebabkan Pusat Tuisyen bersambung pula buka kedai vendor ini. Harap dapat kekal lama dengan izinnya. Shida hanya bekerja dengan kakak seminggu sekali sahaja iaitu pada hari isnin sebab cover staf cuti setiap isnin hari lain-lain seperti biasa tolong encik husben kat pasar.
Korang bagi masa sikit ya untuk shida perbetul balik dari segi masa dan lain-lain. Inshaa Allah tak culas dah lepas ni hahaaa 😁 Inshaa Allah kerja-kerja blog akan berjalan seperti biasa selepas ini, moga shida terus istiqomah dengan kerja-kerja blog.
Terima kasih korang yang sudi singgah dan bagi kata-kata semangat bila shida down, bila shida susah hati dan sebagainya. Moga Allah swt membayar kesemua kebaikan korang pada shida selama ini, biu biu biu 💕


