Selesai Renew Domain Blog duniashida.com Untuk Tahun Ke 8

by - 10:00:00

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Selesai Renew Domain Blog duniashida.com Untuk Tahun Ke 8 - Diam tak diam rupanya blog shida ni dah berusia 8 tahun ya! Shida guna domain ni dari tahun 2012 lagi. Alhamdulillah selesai shida renew untuk tahun kelapan. Kalau ikut tarikh renew sebulan lagi cuma shida memang renew awal supaya tak terkejar-kejar nanti bila dah due dekat sangat nanti semua serba tak kena.

Servis domain shida ni masih sama dan setia, shida menggunakan servis dari NetKL ya. Bagus tau servis dorang sangat telus dan sepanjang penggunaan tak pernah ada masalah pun. Domain shida ni setahun bayaran hanya RM45.00 sahaja. 

Kebiasaannya bagi yang menggunakan servis atau membeli domain dari NetKL ni pihak mereka akan email kita notis pembayaran tahuanan domain. Notis diberi sebulan sebelum tarikh luput. So mudahlah kan dapat je terus bayar tak perlu tunggu-tunggu.
Biasa lepas membuat pembayaran,kita akan terima resit sebagai rujukan kita. Pihak NetKL akan email pada kita resit tersebut. Cara pembayaran pun mudah guna online transfer sahaja. So bagi korang yang berhajat nak menukar url blog korang dari blogspot.com kepada .com korang boleh guna servis dari NetKL Network dalam web tu korang boleh tengok dari segi harga dan boleh check availability domain yang korang nak tu. Senang-senang korang boleh email dan call dorang jika nak ketahui dengan lebih lanjut. Oh ya untuk pemasangan domain ke blog korang pun dorang boleh buatkan, cuma kena cas sikit lah :)


You May Also Like

17 comments

  1. ok jg annual fee utk setahun..reasonable & affordable..

    ReplyDelete
  2. Tq for dropping by my blog..dah follow you back..#4903

    ReplyDelete
  3. wah dah 8 tahun rupanya...alamak akak masih bertatih lagi nii

    ReplyDelete
  4. Kita pun guna khidmat Netkl ni juga. Mudah kan

    ReplyDelete
  5. @nohas betul tu..sebab tu setia dgn netkl je :)

    ReplyDelete
  6. Sekejap je dah lapan tahun, seronok kan byr domain atas nama sendiri. Dalam dunia ada satu je domain ni, domain nama hak milik sendiri. 🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  7. Lama xsinggah sni kak shida..wahh..sha skali gus ja byr tuk 5 tahun..thn dpn last byran..ngt nak bhnti guna domain my ni mcm ada mslh skit huhu

    ReplyDelete
  8. @Julia Johari betul kak ju, sebelum ni walau x aktif sgt shida still bayar tahunan yuran utk domain ni.

    ReplyDelete
  9. @sHaRiNa cuba lah ambil dr netkl Alhmdulillah xde msalah shgga kini.

    ReplyDelete
  10. Senang setia pada satu syarikat kalau perkhidmatan bagus.
    Ok juga buat peringatan supaya tidak lupa.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.