kenali siapa lelaki
1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam  keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi  oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang  menjadi menyebabnya.
2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh  simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan  tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk  meraih simpati. 
3. Meskipun begitu,  usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah,  sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak  pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda  umpama ombak. 
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun  mengambil masa yang lama.
4. Apabila lelaki suka menyendiri dan  berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja  untuk tempoh-tempoh tertentu. 
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk.  Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil  langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah,  cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu  silap.
5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila  menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan  demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari  anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa  selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda,  yang suka dan berasa tenang bersama keluarga? 
7. Lihat perbezaan  sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan  untuk tidak mahu memahami.
8. Lelaki itu cara fikirnya makro,  iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita  mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara  terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan  masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata  sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
9.  Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan  anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa  teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu  menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui  kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
10.  Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,  akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta  maaf. 
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang  berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian,  wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa  jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun  tidak bersalah.
11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki  ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai  kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga  anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di  hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
12. Kata orang, wanita  sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya.  Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma  mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening  dengan leteran anda.
13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan  cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya  seorang wanita dengan seorang lelaki. 
Tidakkah anda setuju jika  dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang  lelaki?
14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH.  DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar  apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling  sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri  akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula  oleh isteri.
"People wil forget what you said,
people will  forget you did,
but people will never forget how you made them  feel..."
 

 
 
 
 
 
0 comments
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.