hazama juara Akademi Fantasia yang terakhir musim ke9

by - 02:25:00

Assalamualaikum, peace upon you.
fuh! fuh! seperti yang semua tahu tadi siaran secara langsung selama 2jam di astro live di Putrajaya. Selama 10 minggu peserta AF9 bertungkus lumus untuk mengejar menjadi juara akhirnya hari ini semuanya menjadi realiti. Jom kita tengok pemenang-pemenang Akademi Fantasia 9 musim terakhir ini :
 HAZAMA JUARA AF9 ..kkaawwttimm!!
Hazama @ Hazama Ahmad Azmi (26) Juara Akademi Fantasia musim ke9, tahniah diucapkan pada hazama. pelajar yang diserap masuk dalam ops gugur dan pelajar yang terkeluar adalah AIDA dan AMIR. Pelajar tersingkir pada musim ke4 juga memang bertuah hazama! wah! masyarakat sekarang lebih peka dan sudah pandai menilai berbanding juri-juri profesional yang tersedia ada hehe^^ hazama dinobatkan juara Akademi Fantasia 9 musim terakhir. lepas ni tak akan ada lagi rancangan rialiti yang bernama "akademi fantasia"  so hadiah yang dibawa hazama adalah sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM 200,000, hamper serta wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000, dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.
 LENA NAIB JUARA AF9 ..boleh bah kalau kau!!
Lena @ Lenaber Binti Haidir (20) Naib juara Akademi Fantasia musim ke9, tahniah diucapkan pada lena . Walaupun naib juara tapi tetap peserta akhir AF9 musim terakhir. so hadiah yang dibawa oleh lena adalah sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM50,000, hamper serta wang tunai bernilai RM2000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony.
 FINA TEMPAT KE3 ..sassu!!
Fina @ Nurshafinaz Binti Jebat (18) peserta termuda akademi fantasia musim ke9 atau peserta akhir AF9 ini. bertuahnya rasa kalau jadi kat tempat fina, muda-muda dah merasa kehangatan yang memang hangat macam ni. memang bertuah pengalaman fina yang nak mengejar sesuatu seusia mudanya sudah tercapai. tambahan lagi fina adalah pelajar yang diserap masuk ke AF9. Fina mendapat tempat ke3 untuk musim terakhir akademi fantasia ini, hadiah yang dibawa pulang adalah sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM20,000, hamper serta wang tunai bernilai RM1000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony.
 AZRI TEMPAT KE4 ..mantap!!
Azri @ Mohd Azri Abdullah (24) memenangi tempat ke4 dalam Akademi Fantasia musim ke9, memang terkejut azri dapat tempat ke4, tapi bila tengok gaya dan mutu persembahan ditambah lagi komen daripada pihak juri. Pengundi seluruh malaysia sudah pun tahu untuk menilainya dan undian seperti mana harus diberikan. Azri juga membawa hadiah berupa sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM5000 serta sebuah kamera bernilai RM1499 tajaan Sony.
 
Diari Abadi Akademi Fantasia yang terakhir musim ke 9


tamat sudah rancangan realiti tv Akademi Fantasia, selepas ini tiada lagi Akademi Fantasia setelah melahirkan 9 juara dan penghibur tanah air malaysia.
AF musim pertama : Vince
AF musim ke dua : Zahid
AF musim ke tiga : Mawi
AF musim ke empat : Faizal
AF musim ke lima : Mila
AF musim ke enam : Hafiz 
AF musim ke tujuh : Stacy
AF musim ke lapan : Shahir
AF musim ke sembilan dan yang terakhir : Hazama







You May Also Like

24 comments

  1. wah mamat ni.dulu season bile entah...die tak dapat masuk.sekarang juara.

    ReplyDelete
  2. congratz hazama.. usaha tangga kejayaan ^^

    ReplyDelete
  3. ahhhhhhhhhh fina patot naib juara ! klo dpt kat klo dpt kat lena jawap nye konsert kat tempat karoke je la ! PAK LANG KAWWWTIM !

    ReplyDelete
  4. eh2, amy search eh pengetua?owh..

    ReplyDelete
  5. bunga xtengok..sbb xde astro..bunga ada dengar hazam2 ni..tapi xtau suara dia cam ne..hehe

    ReplyDelete
  6. tu diaa, lengkap gile penerangan mcm wat esaimen plak, law esaimen komfirm dpt a+ dh nehh, hahakk~

    ReplyDelete
  7. nanti mungkin ader raja akademi fantasia pulak..hehe

    ReplyDelete
  8. Tahun ni x dpt layan AF..since pindah rumah..ASTRO tak terpasang2 lg..uhuk..

    ReplyDelete
  9. kalau dulu dia masuk, mesti x jadik juara..rezeki dia...congrats~

    ReplyDelete
  10. Blogger Imran nyambek: itulah namanye rezeki =)

    ReplyDelete
  11. Blogger caliph shuriken: hehe^^ terima kasih liph hehe..shida wakil hazama =)

    ReplyDelete
  12. Blogger NUR AIN AZMAN: yahuuu yahuuu..hehee =)

    ReplyDelete
  13. Blogger Cik aPpLe: hohooo ade unsur-unsur tak puas ati dsitu..mmg dah termaktub fina no.3 kite kena redha =)

    ReplyDelete
  14. Blogger Nur: adehhh bia betul awk nih da habis AF pun mash xtaw ke huhu^^

    ReplyDelete
  15. Blogger haty_batu: minat tu x suka dgn suara dia itu sja =)

    ReplyDelete
  16. Blogger bunga: bunga sng jer skg sume blh tgk kat youtube ok search sja =))

    ReplyDelete
  17. Blogger Chikova_Araishii: hahahaa.... =P

    ReplyDelete
  18. Blogger apik pehe: hahaa..saja jer dia...

    ReplyDelete
  19. Blogger LiLy @ MumMyQiStInA: kak tgk kat youtube hehee^^

    ReplyDelete
  20. Blogger KinosKoko: yah! mmg rezeki dia pun ^_^

    ReplyDelete
  21. Blogger NasZ: wah2 sya nk join tu!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.