10 perkara perempuan kena tahu tentang LELAKI | oh lelaki!

by - 16:08:00

    Assalamualaikum, peace upon you.

 ishh!. tak leh tengok lama-lama gambar ni bahaya --> rembat kat google ^_^

Bukan senang nak bina hubungan yang bahagia. banyak yang korang mesti buat. termasuk lah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kat pasangan korang. bende ni semua akan menyusahkan diri korang dan hubungan juga. Jom intai-intai :

1. jangan cerita tentang lelaki lain yang diam-diam mencintai korang:
* biasa situasi macam ni selalu berlaku dalam setiap hubungan, kononnya nak buat sidia terasa terjejas atau cemburu padahal perkara ini boleh membuatkan situasi ini lebih teruk seperti bergaduh atau syak prasangka.

2. membenci ibunya.memang lelaki pantang :
* kalau bab ni susah sikit sebabnya siperempuan tak boleh lah terlalu berterus terang kata "saya tak suka lah ibu awak" lagi-lagi perempuan yang bergelar ibu itu akan menjadi ibu mertua jadi tidak digalakkan siperempuan ada sikap seperti itu. bagi lelaki ibu adalah segala-galanya jadi lebih baik ambil hati dari membenci. kot iya tak suka pura-pura sudah ^_^

3. cerita tentang kecurangan korang pada bekas teman lelaki yang dulu:
* yang ini kalu siperempuan cerita pada teman lelaki yang baru (sekarang) ia agak "bodoh" lah sebabnya mencerita perihal yang tak elok tentang diri sendiri dan silelaki tersebut mula berfikir "tak mungkin juga kau akan curang dengan aku" kan dah susah macam tu.


4. jangan cerita buruk tentang 'kawan' teman lelaki kamu. bagi lelaki kawan adalah penting!
* bab ini shida akui sebagai GF tak seharusnya kita menceritakan perangi buruk kawan BF kita lagi-lagi kawan baik. Mungkin BF kamu akan sangka kamu mahu mengasingkan dia dari kawan-kawannya. sehingga BF akan terfikir cemburu kamu itu membuatkan dia mula berpaling arah kerana sehingga tidak dapat beza antara cinta dan kawan.

5. jangan membanding-bandingkan diri dia dengan bekas kekasih kamu yang dulu tentang kegagahannya. memang buruk padahnya!
* pendapat shida tentang ini, semua tahu bila bermula kehidupan yang baru dengan kekasih baru tidak boleh atau dilarang dari kamu menceritakan atau membandingkan tentang kehebatan kekasih lama dengan dirinya. siBF akan merasa merendah diri dan mula ingin menghindari diri dari kamu.

6. jangan buat dia patah semangat tentang pekerjaannya sekarang tapi cubalah bantu:
* dalam situasi macam ni silelaki sangat-sangat perlukan perhatian GFnya. Kalau boleh bantulah dia dalam keadaan apa sekalipun. Jika dia ada masalah tentang pekerjaannya misalan pekerjaannya tidak stabil jangan lah pula kamu perli atau membuat sidia lebih tertekan. cuba lah bantu dari segi nasihat.

7. Bercerai/berpisah/clash/break of, memang satu perkataan yg lelaki tak boleh dengar. Elokla dihindari.
* kita kalau bergaduh besar mesti akan keluar perkatan-perkataan diatas, kenapa ya?? kadang-kadang bila bergaduh suka sangat ikut perasaan, kadang-kadang apa yang keluar dari mulut ni kita sendiri pun tak sedar tahu-tahu dah menyingung perasaan pasangan kita tapi kalau boleh kalau bergaduh biarlah salah sorang beralah atau berdiam untuk sementara  supaya jangan diantara kita nanti ada yang melafazkan kata-kata mungkin mengakibatkan membawa haluan masing-masing.

8.kalau anda pendapatan melebihinya.jangan lah nak diperbesarkan. benda ini akan menyinggung perasaan dia mungkin:
* yang ni kena amal dari masa sekarang jangan nanti terbawa-bawa sampai dah berkahwin susahlah nanti. kalau nak bagitahu pun biar lah dengan berlemah lembut dan kata padanya "ini rezeki masa depan kita boleh saya bantu awak mana yang patut nanti kan" ha, kan bagus macam tu dia pun tersenyum lebar dan berfikir bahawa kamu adalah wanita yang tepat untuknya kerana memahami ^_^

9. bila terserempak atau terjumpa dengan bekas kekasih lama tak perlu lah menampakkan kamu seperti ingin menghindari ketika dengan pasangan kamu:
* biasanya lelaki perempuan sama saja suka buat perkara yang ini. bagi shida tak perlulah kamu seperti nak menghindari dari terserempak. buat seperti biasa anggaplah antara kamu dengan benar-benar sudah tiada so pasangan pasti berasa gembira kerana kamu betul-betul menyayangi dirinya.

10. Tak perlu bercerita kamu ada berapa adik angkat lelaki? dan berapa pula abang angkat lelaki? memang dia akan cemburu dan fikirkan kamu tidak setia:
* Yang ni berdasarkan pengalaman lah. sekiranya kamu ada adik angkat atau abang angkat, tak kiralah berapa ramai sekalipun tak perlu lah kamu cerita dari A-Z kerana ini boleh membuatkan BF kamu akan fikir kamu adalah seorang yang tidak setia dan bertambah-tambah pula cemburu butanya..huhu..

sekian saja, selamat beramal ^_^




You May Also Like

24 comments

  1. yg kawan ngn ibu tu sgt tepat ok! hahahaa

    ReplyDelete
  2. selalu buat no 7 tu kalau gadoo..tp nasib baik dia bijak selesaikan mslh dan dia tak suka jijah ckp benda tu..huhu yes kawan gan mak die tu yg paling die suka! Alhamdulilah jijah kamceng gan maknya... hahaha

    ReplyDelete
  3. klu kita dh jatuh cinta dgn seseorg tu..kita mesti juga cinta & sayang dgn family dia..^_^

    ReplyDelete
  4. jangan memain dengan ibu, lelaki kan anak manja. harharhar

    ReplyDelete
  5. memang tepat sekali...haha lebih-lebih pasal ibu tu..keh keh..lelaki akan mati-matian pertahankan ibu dia walau apa keadaan sekali pun.

    ReplyDelete
  6. ingat ye kaum2 hawa sume.. keh3

    ReplyDelete
  7. betol la tu, tambah2 bab mak...
    bakal mertua tu kot... mcmn nk wat bini lau ngn family kite pun da tak sebulu...
    laki pmpuan pon sama jer...:)

    ReplyDelete
  8. leh jadi kaunselor cinta ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. zue akan amalkan shida, byk yg tekena ni huhuuu..

    ReplyDelete
  10. amboihh.. ko skg dh jadi cikgu cinta pulak dah..kahkah..tp no.2 tu mmg betui la..!

    ReplyDelete
  11. 10 perkara yang menarik.shida thank kongsi 10 tips ni,,

    psst: header tu dah pasang huhuu..tapi bro tak suka duri boleh buat yang simple macam huruf www tu sebab bro takut dengan duri..dan kuning dia pekatkan sikit je lagi..

    thank you,

    ReplyDelete
  12. emm PCL setuju sgt tu...ye la kekadang kita lelaki ni malas nak kecoh2..tapi tu lah hakikatnya.

    ReplyDelete
  13. boleh jadi dr love shida ni...1, 5 & 7 mmg girl slalu wat...

    ReplyDelete
  14. 2. membenci ibunya.memang lelaki pantang :
    * kalau bab ni susah sikit sebabnya siperempuan tak boleh lah terlalu berterus terang kata "saya tak suka lah ibu awak" lagi-lagi perempuan yang bergelar ibu itu akan menjadi ibu mertua jadi tidak digalakkan siperempuan ada sikap seperti itu. bagi lelaki ibu adalah segala-galanya jadi lebih baik ambil hati dari membenci. kot iya tak suka pura-pura suda...

    harus la... syurgakan dibwah tlpak kaki ibu~~

    ReplyDelete
  15. yang pasal membenci ibu tu memang tak harus lah si gadis lakukan.. cintai lah fmly lelaki tersebut sebagaiman mencintai lelaki itu...

    =)

    ReplyDelete
  16. bui tertarik dgn gambar..bila klik pandau senget..hehehe

    lari topik kan..haahha

    ReplyDelete
  17. thankx for the tips... neway shida ada buat design blog ek...kalau nak minta u design blog i bape cas ek...silampuneon@gmail.com



    jeng jeng jeng...
    Resepi puding karamel power!
    Sugar glider makan lipas la pulakk
    Awek leggings marah !
    Posisi menonggeng yoga

    ReplyDelete
  18. nombor 6 tu memang btul sangat huhuhu

    ReplyDelete
  19. wahhhh. tips ni berguna sungguh,..aaron yu jangan gaduh dengan ai lagi ok..

    happy ever after...:P

    hahaha

    ReplyDelete
  20. phewwwww~~~

    watch out

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.