Amaran POLIS! "berhati-hati dengan kertas dibelakang kereta anda"

by - 00:41:00

Assalamualaikum, peace upon you.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA "

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar-sebarkan. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

info ni shida dapat dari facebook dan nak berkongsi dengan korang semua tentang taktik terbaru penyamun kereta masa kini. Sama-sama kita share lagi info ni biar semua berwaspada dan lebih berhati-hati lepas ni. 

lepas ni jika korang nampak ada kertas dibelakang cermin kenderaan korang jangan pergi buangkannya dulu korang keluar berundur bila  dah ada ditempat yang banyak orang baru korang buangkan ok. Kita mencegah dari terjadi perkara yang tak diingini.









You May Also Like

15 comments

  1. Sekarang ni memang kene hati hati di mana mana.tak silap fiza kes ni dalam 2thun lepas rasanya..

    ReplyDelete
  2. nice info kak..!akn lebih brhati2 lpas ni:)

    ReplyDelete
  3. Amaran ni dah lama keluar, tapi eloklah diulangi selalu agar kita tak terlupa dan tak jadi mangsa penjenayah yg tak pernah lupa kpd kita, 'pelanggan' mereka...

    ReplyDelete
  4. sekarang ni mg kena selalu berhati2..bahaya...perkara2 mcm ni la yg kita tak nak ia berlaku kan..

    ReplyDelete
  5. mcm2 cara ea skg..thnx shida coz share info ini..

    ReplyDelete
  6. kejamnye... aku dah risau ni. aku selalu drive sengsorang

    ReplyDelete
  7. ok2...jijah paham..lepas ni kalau ada kena berhati2..takut la..dah la jijah selalu drive sorang2 jer..

    ReplyDelete
  8. takutnya bila dgr..

    --rindu shida :) --

    ReplyDelete
  9. first time dengar, trimas best info!

    ReplyDelete
  10. mcm2 taktik penjahat skg...

    ReplyDelete
  11. TERIMA KASIH SHIDA ATAS INFO YG SANGAT BAGUS NI..

    ReplyDelete
  12. giler laa taktik ni.. arigatou sharing info shida...

    ReplyDelete
  13. apit kata lnih guna teloq plak .
    baling kat cemin depan .

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.