Contest : Cerita Seram

by - 01:59:00

   Assalammualaikum, peace upon you.

 Nak join boleh klik banner atas ni ^_^
Contest yang diberi nama "Ceita Seram" dimana para peserta yang menyertai contest ini diminta membuat entri mengenai cerita hantu yang pernah anda sendiri alami. Jam sekarang pukul12:58am cukup 2minit pukul1. Shida pula dengan beraninya mengarang kisah hantu shida malam-malam JUMAAT ni huhuhu kisah ni bermula berperingkat sebab banyak juga kisah-kisah seram dan hantu yang shida alami masa zaman sekolah menengah dulu yang shida nak share dengan korang. Memandangkan shida ni sukar nak menaip dan bercerita dalam entri biasa sebab bila nak menaip rasa macam tak perlu kot so shida olahkan cerita hantu ni dalam contest Blogger Syaf. Macam ni ceritanya :

Masa zaman shida sekolah menengah kan, masa tu shida baru Form3, kebetulan masa tahun 2002 tu banyak sangat perkara aneh berlaku dalam tempoh terdekat. Ada kisah penceroboh masuk asrama shida, kisah senior-senior yang gila pangkat yang diberi nama "GIPANG" tapi tu semua tak berapa menarik TAPI kisah yang berlaku dan sampai sekarang shida juga tak boleh lupa dimana masa tu shida baru habis "prep" selepas supper kat dining. tiba-tiba ada junior menjerit sekuat hati. Shida dengar sendiri kuat sampai ke dalam dining. Shida dengan cepat terus lari nak tengok nak lihat apa yang berlaku. Tengok-tengok dah ramai pelajar asrama berkumpul dekat situ. Ada junior ni baru Form1 ternampak "Lembaga hitam" atas bumbung rumah warden yang kosong tepi blok bangunan asrama. Shida dari kecil lagi orangnya agak berani. tapi berani bertempat la. ramai yang takut nak pergi hujung sana nak tengok sama ada betul ke ada lembaga hitam . Kata budak masih ada,dia ternampak ketika tengah gosok gigi dekat singki luar tandas. Shida dengan kawan 3 orang masa tu rasa nak tengok tapi senior-senior F5 melarang kami pergi. Shida tak puas hati pergi juga tengok betul ke tidak. Sampai dekat hujung shida tak berapa nampak macam kurang jelas. nampak samar-samar. Shida masih tak puas hati nak tengok dari atas pula. Shida naik tangga dan pergi ke dorm yang hujung sekali. Elok sampai shida tengok YA ALLAH!! memang ada lembaga hitam tu masih bertenggek atas bumbung tu. Kawan-kawan shida semua takut dan ajak turun dan hati shida rasa berdebar je time tu. pastu mula rasa lembaga tu macam tengok-tengok kearah kami. Selepas tu warden sampai dan minta kami semua berkumpul disurau blok masing-masing dan baca ayat apa-apa yang patut. Selepas beberapa jam kemudian tu senior minta semua pelajar adik-adik balik dorm masing-masing. Keadaan dah terkawal. Dan tak siapa pun tahu sama ada lembaga hitam tu masih ada atau sebenarnya benda apa yang bertenggek atas bumbung rumah tu. Esok pagi pergi sekolah jadi isu yang paling hot dekat sekolah!

ini yang pertama now pengalaman shida sendiri berlaku atas diri shida sendiri.

Kejadian ni masa shida F5, dah jadi senior masa tu, balik dari sekolah memang biasa akan ketiduran dan akan menyebabkan turun "prep" petang lambat. Masa tu Jam pukul4 petang. Shida balik dari sekolah pukul1.20 pm ada beberapa jam shida tidur sebab letih sangat kot. Masa jam lebih kurang pukul4 ptg tu shida terjaga dari tidur tiba-tiba sebab terdengar satu bunyi. Shida bangun tengok keadaan dalam dorm sunyi lapang tak ada orang. dalam fikiran semua dah turun "prep" ni. lepas tu shida terdengar lagi bunyi. Bunyi sound tu macam sound Hp Nokia 3310 bunyi macam ada orang main ringtone dia satu-satu lagu keluar. makin lama makin jelas bunyi dia. Shida masa tu tak fikir apa lagi. Masa shida F5 shida ada pegang jawatan dalam asrama kira shida ni pengawas asrama dan juga ketua dorm. Masa bunyi hp tu shida rasa macam "siapa yang berani main hp dalam asrama" Shida dengan tak pikir panjang shida turun dorm bawah mungkin ada junior yang tak pergi sekolah dan main Hp. sekolah shida masa tu 2 sesi junior sesi petang senior sesi pagi. Shida pun masuk dorm junior shida perhati sampai shida tengok bawah katil memang tak ada orang tapi shida masih dengar bunyi tu. shida masuk semua dorm yang terdekat memang kosong. Then shida naik atas, balik dorm shida. duduk kejap atas katil tetiba perasaan takut muncul dan bunyi-bunyi tu hilang. Shida terus tukar baju turun "prep" semua kawan-kawan tengok shida dan tanya kenapa muka pucat je! Shida pun cerita kat diorang. tiba-tiba kawan shida cakap mungkin "nenek locker" yang kacau hang tadi! terus sentap semua orang takut je masa tu. shida baru teringat sebab dulu masa shida F1 senior-senior ada cerita tentang hantu "nenek locker" yang suka ganggu pelajar. Masa tahun 90an hantu  "nenek locker" memang jadi sebutan pelajar dalam asrama shida. Sampai sekarang shida masih teringat je 2 peristiwa seram ni. huhuhuh  =.=


korang ada pengalaman seram atau berhantu?? jom la share shida nak baca!


mangsa yang kena tag : blogger paitt dan blogger yui

terima kasih, selamat bercontest dan selamat membaca kisah seram ni =.=









You May Also Like

24 comments

  1. uhuu seram gak baca. huhu, kalo tmpat sya, kami bkan panggil nenek locker, kami panggil nenek bongkok! nanti saya ceritakan if ada kelapangan.

    ReplyDelete
  2. hat first serem neyh . huhuhu .
    hat 2nd , boleyh la . tahniah !

    ReplyDelete
  3. seraaammm kalau dok kacau kacau camtu..mintak dijauhkan lah..

    ReplyDelete
  4. numb 1 comment....
    KOntesnya seramlah tu ye... :D xixixix manusienya kut seram lah tu :D janganlah

    ReplyDelete
  5. fuhh..da la da pukul berapa ni..baca pulak entri macam ni..hehe..

    > hantu nenek locker...? ada kisahnya ke..?

    ReplyDelete
  6. puhh seram siot bace even kt opis...
    anyah dulu mase kt hostel mang salu kene kacau, bak kate ustat mybe hijab dah terbukak,
    mmg takut sgt mase tu smpai pgil ustat utk pulihkan balik...

    ReplyDelete
  7. alaaa zuan dah xde idea cerita seram

    ReplyDelete
  8. shida org kedua tag yui..tp yui tak wat2 lg.hihi.. seram gak la.. zmn skolah mmg ada..cam yui ~

    ReplyDelete
  9. jom join ga muja,, ada pendrive unique untuk dimenangi jugak,,, :D
    http://mujadafewa.blogspot.com/2012/03/first-giveaway-by-nurmujahidah-lady.html

    ReplyDelete
  10. terima kasih sbb join kontest syaf yang tak seberapa nie....insyaallah semua nama2 yang join syaf akan update sabtu nie.... thank bebyk yea...

    ReplyDelete
  11. x pernah mengalami sendiri pengalaman kene kaco hantu.. selalu dengar citer orang lain adelah,, huhu, tak bley nak join.. :P

    ReplyDelete
  12. gudluck yang! setakat ni tak pernah kena ganggu lagi.. hehe

    ReplyDelete
  13. kalau duduk asrama, hotel ke memang selalu ada gangguan kan.. cerita shida yang first tu seram.. siap bertenggek nie yang tak menahan tu.. seronok membacanya :) selamat bercontest shida.

    ReplyDelete
  14. perghh..seram sejuk aih miko dgaq..
    adoi la..
    nt miko update cter seram miko lak..
    smpai skrg trgat oww!

    ReplyDelete
  15. zaza pernah tgk histeria depan mata..tkt sungguh

    ReplyDelete
  16. plawokkkk plawokkk plawokkkkk !! erh . mee an senornye penakottt . mintak jaoh lah nan smua tuh . muahaha

    ReplyDelete
  17. huhu..awat cita hantu lak yg kluaq tiba2 ni sida..seramm eh...

    ReplyDelete
  18. seramnya kak huhuh...baca sepruh mata tutup nih huhuhu =.=

    ReplyDelete
  19. singgah baca jaa.. gud luck shida ^^

    ReplyDelete
  20. nenek loker?xfhm sgt..mas xthu sgt..pe cer ek..

    gatai gak nk tgk lembaga itam tuh ye..hihihi

    ReplyDelete
  21. Asrama memang banyak cerita hantu..
    Teringat pula cerita hantu kira jari kaki = ="

    ReplyDelete
  22. xnak baca la... nanti takut :(

    ReplyDelete
  23. hahaha..shidah aku masih ingat juga peristiwa tu mmg menggila satu skolah ahahaaa :D

    ReplyDelete
  24. seram lagi cita pait . hahaha .
    tapi 2 2 xmng . \padanmuka kita berdua :(

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.