Kemalangan yang melibatkan kematian pasangan suami isteri | sedih!

by - 20:03:00

   Assalammualaikum, peace upon you.

Ini adalah sebahagian gambar ditempat kejadian. Sedih juga dengar berita tentang kemalangan melibatkan kematian pasangan suami isteri berbangsa cina di Gerik. Kenapa shida sedih? sebab shida kenal uncle dan auntie ni diorang penjual barangan runcit yang semua orang kenal di kawasan tempat shida tinggal sekarang. Memang rapat juga dengan anak-anak dia pun kenal. Family ni juga tinggal berhampiran dengan rumah majikan shida di Pengkalan Ayu. Shida dapat tahu berita ni semalam sebelah petang dari parent cina yang shida kenal. dan malam tu juga majikan shida call shida dan katakan "kemalangan ini benar". Actually baru jumpa mereka minggu lepas hari selasa dalam pasar malam tempat shida. Cuma shida tak boleh bayangkan apa ya rasanya dan akan terjadi kalau kehilangan kedua-dua orang tua dalam sekelip mata dan difikiran shida apa pula nasib anak-anak mereka yang masih muda dan mentah tu. Moga dipermudahkan segalanya. 
Lepas ni tiap kali pergi pasar malam dah tak jumpa lagi mereka. Cuma jumpa tapak yang akan orang lain gantikan membuat jualan lain. Mesti rasa lain dan janggal huhu~

IPOH - Sepasang suami isteri terbunuh manakala 17 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Km 45.2 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Gua Badak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Bahrum berkata, pemandu lori, Ong Khian Hock, 51, dan isteri, Loh Weng Chan, 46, yang berasal dari Taman Pengkalan Makmur, Taiping, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Mayat mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Menurut Abdul Manab, kejadian berlaku pada pukul 6 pagi ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gerik, bertembung dengan lori yang dipandu Khian Hock yang sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Lenggong.
Katanya, mereka yang cedera parah ialah pemandu bas, Azmi Abdul Rahman, 48, dua penumpang iaitu Norliza Che Moh, 40, dan Fadilah Mahmud, 43 dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Seramai 14 lagi penumpang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.
Mereka adalah antara 38 ahli Wanita UMNO Bahagian Gerik yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

oh ya sebelum tu "Selamat Hari Ibu" kepada ibu-ibu diluar sana  =)
~sayangilah ibu-ibu anda selagi dia masih ada bersama-sama dengan kita~





You May Also Like

12 comments

  1. ari 2 pown ada excited depan mata.... x berani nak tgok coz banyak sangat darah....


    hoply, anak2 untie 2 tabah menjalani khidupan mereka selepas ni...

    ReplyDelete
  2. sedih bila baca tentang kemalangan ni..:'(

    ReplyDelete
  3. ngeri la shida... jalan laluan ke tempat kerja c'jai berlengkok2... kea hati2..

    ReplyDelete
  4. memang rasa janggal jika orang yang kita kenal/rapat pergi tinggalkan kita untuk selamanya.moga anak anak tabah hadapi nya..

    ReplyDelete
  5. kawasan gerik(jln kuala kangsar ) mmg selalu berlaku kemalangan. sya sendiri dah dua kali kemalangan kat kawasan tu.

    ReplyDelete
  6. nk buat mcm mn..dh ditakdirkn.

    ReplyDelete
  7. sedih kn sbb kita kenal diorg.. takziah...

    ReplyDelete
  8. Itulah takdir, tapi cikgu shida tak pelik ke, kemalangan ni berlaku (area jalan tu kan luas) mungkin somebody salah sebuah dari kenderaan tu yang mengantuk termasuk ke jalan org lain.
    k.kangsar-gerik sebelum diluruskan biasalah kemalangan. Tapi sekarang dah lurus, kat sini pun motor saya senang-senang dapat 240km/jam tapi tengok keadaan dulu.

    ReplyDelete
  9. bru thu ada berita ni, tkt nya la..sedih..takziah bt mereka.

    ReplyDelete
  10. ngeri nya kemalangan camni..lebih2 org yg kita kenal..mmg tak sangka kan..

    ReplyDelete
  11. uii.. ngeri-ngeri.. takutnye,, camne nak jalan jauh-jauh nih, takut kemlangan huhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.