Shida nak mencari sponsors GA shida yang akan berlangsung Jun nanti

by - 00:30:00

  Assalammualaikum, peace upon you.  (entry auto publish)

Baiklah seperti yang shida pernah katakan pada entri-entri sebelum ni, shida nak buat GA yang pertama untuk tahun ini sempena kita umat islam bakal menempuh bulan Ramadhan dan bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri 2012 dan juga sempena sambutan Hari Ulangtahun kelahiran Blog Dunia Sebenar Shida juga, jadi hadiah-hadiah yang diberikan oleh shida sendiri atau sponsors tak kira dari bentuk wang atau benda mungkin korang boleh pakai atau guna untuk hari raya nanti jika ada rezeki. Jadi GA ini juga untuk shida membuat amal hasil dari duit berbloging, baru-baru ni kan shida pernah dapat cheque dari Nuffnang kali ke 3 jadi duit dari situ shida akan beli hadiah dan sebagainya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih untuk semua follower-follower shida dan pengunjung-pengunjung blog shida tak kira baru atau lama. Jadi GA ini akan berlangsung insyallah bulan JUNE sekiranya tiada masalah-masalah lain dan akan tamat pada 19 July 2012.

Jadi bagi yang berminat untuk menjadi sponsors untuk GA shida kali ini boleh PM shida di Facebook atau Fanpage shida sendiri untuk kita berbincang dengan lebih lanjut atau pun boleh email shida ke shidaradzuan87@yahoo.com. Kesudian korang menjadi sponsorship shida amat-amat lah shida hargai. Untuk yang menjadi sponsors feedback yang akan korang dapat dari GA ini adalah seperti followers, like fanpage (jika ada), trafik dan kepada sponsors shida juga akan mendapat cenderahati khas (tanda kenangan dan terima kasih) dari shida sendiri. Jadi yang berminat jangan lupa PM shida ok. Shida sangat-sangat mengalu-alukan korang semua atau follower shida sendiri yang hampir 3k ini turut join dan memeriahkan GA shida ni. Insyallah kalau ramai sponsors banyaklah juga hadiah dan ramai juga pemenang akan menerima hadiah (entah-entah semua dapat untung lah!). Mungkin ada kejutan yang akan shida buat masa Ulangtahun Blog shida nanti, sama-sama kita tunggu  :)

masa entri ni di publish kan antara 12:30am lebih kurangla, shida dah pun tidur esok nak bangun awal pagi ada kerja yang harus shida buat dan terus pergi kerja. Mungkin malam baru shida sempat blogwalking blog kawan-kawan ok thank you :)

update 29/5/2012 : 
sponsors dah cukup so bagi yang berminat nak jadi sponsors shida tunggu next GA ok dan shida sarankan korang join jelah GA ni memang tak rugi korang join, hadiah menarik dan blogger yang sponsors bukan calang-calang blogger! nantikan shida update list dan hadiah sponsors, memang superb GA kali ini :)









You May Also Like

16 comments

  1. salam , awak , saya nak tolong awak . mungkin takde orang lagi sponsor topup kan ? so , saya tawar RM 5 untuk 2 pemenang ea . nanti saya add awak di fb , name nur atirah

    ReplyDelete
  2. GA.....wah wah.nnti eca cek dulu status 'sponsor GA' ye..klu free,eca PM shida.

    byk sgt sponsor GA sebelum,sampai lupa.hahaha :)

    ReplyDelete
  3. wah... nak buat GA yer syg.. t jijah keluar,kalau ada yg menarik boleh la jijah sponsor yer.. nak cari dulu ape yg menarik kat sini :) ape2 jijah inform shida kat fb yer...

    ReplyDelete
  4. gud luck shida ^^

    *dh lama x cashout nuff, huh...

    ReplyDelete
  5. wah menarik kak..tapi sm x leh nk sponsor..masih belum kerja lg...maaf :)

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya mencari spser..
    Hehee ;)

    ReplyDelete
  7. hye .. saya nak jadi sponsor GA awak .. sya nak sponsor kan 3 header tuk 3 pemenang .. syarat2 nya peserta WAJIB FOLLOW blog sya :D terimass .

    ReplyDelete
  8. Moga dapat sponsor utk GA shida ni..
    Chayok2.. ^^

    ReplyDelete
  9. JGN PUBLISH KOMEN NI...

    Syida, akak nak sponsor 2 helai shawl blh... untuk 2 org pemenang...

    tapi tak perlulah follow akak ke apa ke.. akak xkisah.. akak ikhlas... xyah inform akak sbgai sponsor pun xpa tau...

    akak ikhlas tau.. xda niat nk suh org tau pasal ni or follow or apa je.. lgpun, just sponsor shawl je pun.... :-)

    nanti inform akak balik yer psl ni.. mksud akak, bila dh ada pemennag, inform akak... takut telupa.. :-)

    ReplyDelete
  10. syida... xyah inform lah nama akka sbgai sponsor yer... alaaa.. akak segan la...huhuu

    td akak terbaca dkt fb.. hihii... syida buat hadiah shawl dr akak tu, atas nama 'sponsor' dr syida sndiri pun xpa... asal x masukkan nama akak... :-)

    thanks

    ReplyDelete
  11. wah2.. besh ni.. leh aje lau nak yui sponsor..tp dari brg craft leh??hihi.. tleh gtau yui kat fb ea.

    ReplyDelete
  12. KAK BUI BERMINATLAH NAK JADI SPONSOR..NAK SPONSOR 3 HELAI SHAWL UTK 3 PEMENANG..BOLEH TAK?SYARAT2NYA KENA FOLLOW BLOG KAK BUI THEN LIKE FAN PAGE..HEHEHE

    ReplyDelete
  13. amboi ramainya nk sponsor sure meriah GA shida dipenuhi dgn hadiah2...nak join gaklh nnti...hoho

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.