Modem Wifi baru dari TM

by - 12:19:00

Assalammualaikum, peace upon you.

Modem Wifi Baru dari TM terbaiklah :) happy shida setelah 5 hari tak ada internet lepas hujan lebat kelmarin kat simpang ni sampai 2 pokok tumbang atap berterbangan perghh!! takut tengok! Actually shida dah 2 kali call TM buat report pasal internet shida tak boleh pakai masa tu baru 2 hari, masuk hari ke 3 tak ada tindakan apa-apa dari pihak TM so shida call kali kedua masa tu dah masuk hari ke3 tak ada internet, shida call 100 careline TM kan :) Encik Firdaus yang entertain shida baik orangnya dan berbudi bahasa cewahhh.. hope dia boleh baca lah entri ni ekekee :p Macam biasalah dorang nak kan pengesahan dan lain-lain lepas tu bermulalah drama queen ^_^

En. Firdaus ni shida pun tak pasti lah dia ni dah kahwin ke belum tapi dia sangat memahami. Biasa shida kalau yang entertain shida beritahu nama masa mula-mula tu shida akan ingat nama dia macam take note sikitlah, bukan apa kalau dia layan lebih kurang je komplen lah! "perbualan kan direkod so memang tak boleh lari lah kalau layan orang macam tahi" Shida beritahu semalam ada buat report dengan En.A ni then dia pun layan kurang memuaskan tak bantu kita dalam menghadapi masalah internet terus je buka report dan katanya dalam 24jam akan siap, sekarang dah lebih 48jam masih tak ada perubahan. So dengan En. Firdaus ni sangat nice orangnya tolong shida macam-macam, buka laptop shida buka itu ini setting itu ini dan sampai lah satu tahap semuanya tak boleh juga dia kata mungkin modem yang problem, lepas baru dia buka satu report urgent untuk shida sebab shida kata shida cari rezeki guna internet so susahlah kalau tak ada internet dan bla..bla..shida merepek dekat dia hehee ini cerita wifi yang lama klik nak baca!

Masa hari sabtu lepas, time pagi orang TM datang rumah nasiblah dah bangun awal masa tu sebab nak takung air pukul9 pagi LAP (lembaga air perak) dah tutup paip besar. Dorang datang bawa Modem Wifi Baru dari TM macam dalam gambar diatas foc lagi!. Lega sangat dah boleh online macam biasa, kelajuan pula lebih baik dari sebelumnya tapi tak lah laju mana pun hehee ^_^ Terima kasih tak terhingga kepada En.Firdaus sebab sangat-sangat prihatin dan cepat buat kerja! shida bagi awak 5 bintang untuk kes yang dah selesai ni hehee :) bolehlah shida online seperti biasa, update blog, blogwalking, kesian kawan-kawan yang datang tanpa henti tapi shida belum lagi menjengah korang sorry tau! sekarang nak update kejap lepas baru blogwalking jumpa korang kat blog ya ^_^


You May Also Like

14 comments

  1. Alhamdulillah.. Seronok blh beronline semula..

    ReplyDelete
  2. Senanglah nak online sekarang ;D

    ReplyDelete
  3. oooo sy pun pakai Tm jgak.mmg terbaiklah setakat ni :)

    ReplyDelete
  4. owhh..sib baik ada en.firdaus kalau x hehe ni mesti xdpt online lagi

    ReplyDelete
  5. eh cntik plak yg ni ..nk tuka jgk la ..haha *gedik* :)
    boleh la bw lelame pasni kn sis :)

    ReplyDelete
  6. yeay! selesai satu masalah kan..hehehe :D

    ReplyDelete
  7. wah wahhhh bau kedai lah hihihihi

    ReplyDelete
  8. Wahhh....1st time tengok modem TM yg macamni... Nak jugak... Hehehe~

    ReplyDelete
  9. Dah lega bole online kembali kan shida

    ReplyDelete
  10. hero TM la ni.. encik Firdaus..heheh

    ReplyDelete
  11. dah takde gangguan dah..leh on9 dh ni..ehhe

    ReplyDelete
  12. memang terseksa rasanya tak boleh nak online bila modem ni buat hal..mujurlah da ada yang baru...:D

    ReplyDelete
  13. yeay..lepas ni lajulah online :)

    ReplyDelete
  14. Wifi TM mmng terbaik.. Rindu nk online puas2, skrng sngt terhad dgn internt beli..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.