Gelang Penghalau Nyamuk Yang Mujarab! Mesti Beli | Malaysia Bugslock

by - 23:30:00

Assalammualaikum, peace upon you.


Gelang Penghalau Nyamuk Yang Mujarab! Mesti Beli | Malaysia Bugslock | Barang panas ni korang!! shida nak cerita dengan korang satu Produk yang benar-benar berkesan dengan shida dan family iaitu Gelang Penghalau Nyamuk atau Bugslock. Nak cerita dulu pengenalan BUGSLOCK produk keluaran Korea adalah gelang penghalau nyamuk yang menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah Produk yang Kreatif dan berbentuk band (gelang) yang menghalang nyamuk dari menghampiri. Ianya juga Produk yang selamat dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur mahupun bayi kerana ia bebas 100% dari bahan-bahan toksik. Produk seperti ini biasanya dikeluarkan oleh negara-negara luar sahaja tetapi kini Bugslock boleh didapati di dalam Malaysia (sudah dipasarkan) dan boleh juga dibeli secara talian (online). 
http://malaysiabugslock.com/index.php?route=common/home
Laman Rasmi Malaysia Bugslock

Cara Penggunaan :
Cara menggunakan Bugslock Band ini adalah dengan memakai gelang ini dibahagian pergelangan tangan atau kaki. Boleh dipakai dan digunakan pada bila-bila masa tak kira di luar atau di dalam rumah. Simpan semula di dalam paket yang disediakan jika tidak menggunakannya. Paket serbaguna boleh digunakan semula untuk menyimpan gelang ini.

Jangka Penggunaan :
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contoh jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Meletakkannya kembali kepada beg asal dan memeterai selepas anda menggunakannya.

Pelbagai Warna :
Bugslock didatangi dengan 6 jenis warna yang berbeza mengikut citarasa si pemakai. Terdapat warna PINK, BIRU, HIJAU, KUNING, OREN, dan KUNING CAIR. Panjang gelang ini adalah 25cm.

Perhatian: 
Terdapat tiruan bugslock dijual dipasaran, walaupun harga bugslock yang palsu adalah lebih murah, tetapi ia tidak berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institure untuk membuktikan bahawa itu tidak berbahaya dan Bugslock telah didaftarkan di bawah Agensi Perlindungan Alam Sekitar.


Testimoni dari Shida & Family :

1.Sebenarnya shida bersyukur sebab dah jumpa sesuatu yang bagi shida keberkesanan yang sangat-sangat menakjubkan. Testimoni ini dari shida sendiri dan juga family, selama seminggu shida menggunakan bugslock ini memang betul-betul nyamuk tiada lagi! Kawasan rumah shida memang "kawan nyamuk" boleh dikatakan kalau musim nyamuk tengah banyak memang hari-hari jabatan kesihatan datang cek dan sembur asap! Lepas Syarikat X CUBE ENTERPRISE dari Penang menawarkan produk ni shida rasa teruja nak cuba. bila dah cuba memang mujarab! 
2. Mak lah orang pertama yang shida beri untuk mencuba keberkesanan bugslock ini, shida ajar mak cara pakai dan simpan. Esok shida tanya mak, jawapan mak memang sangat-sangat terbaik! dia cakap tak pernah tidur lena macam ni, selalunya tengah malam mesti terjaga kerana serangan nyamuk bertubi-tubi. Sembur ridset pun macam tak sembur nyamuk tetap ada. Now bugslock ini menjadi pilihan mak.
3. Ayah pula ambil satu untuk bawa ke kebun dia, dia pakai pada pergelangan tangan waktu petang-petang ke kebun. Tak ada dah dengar ayah mengeluh kena gigit nyamuk dan sebagainya di kebun. Happy juga shida dengar bila semua tak rungsing dah pasal nyamuk. Sekarang tempat shida memang musim nyamuk lagi-lagi time hujan sekarang ni. Terima kasih Malaysia Bugslock!
Awas juga kepada korang yang ada alergik kulit, shida tak galakkan korang pakai pada pergelangan tangan atau kaki. Shida cuba fikir dan cari alternatif lain supaya korang yang alergik juga boleh guna bugslock ini. Di sebabkan shida sendiri Alahan dan Alergik so shida klipkan bugslock ini dibesi kaki katil shida seperti dalam gambar. Jadi shida pun tak perlu risau bab alergik pula :) Jika rumah korang sememangnya banyak nyamuk shida memang sarankan korang guna Bugslock ni selamat dan original dari korea. Jika korang nak kan yang original boleh beli secara online di Malaysia Bugslock atau www.malaysiabugslock.com Keterangan lanjut boleh hubungi yang tertera dibwah:


Malaysia Bugslock 
Telefon:
016 4858235 (whatsapp & line)
Email:
info@malaysiabugslock.com


You May Also Like

38 comments

  1. 1st time dgr pasal ni.. tq kak shida. hehe

    ReplyDelete
  2. Wah, ini betul2 berinovasi. Tak terlintas dek akal produk sebegini akan wujud. Ianya ada bau ke? Teringin nak cuba =D

    ReplyDelete
  3. wahh bagusnya produk ni akak..yela, biasa ubat nyamuk or ridsect tu kn bahaya tp trpksa guna demi halau nyamuk2..tapi produk ni tak bahaya..memang terbaikk! tgk harga kat website bugslock pun murah2 jer..kena ada 1 ni :D

    ReplyDelete
  4. Pergh!!!! bia betul kak.. Semalam akak cerita tu, mmg igt serai wangi jaa... sbb tau serai wangi bagus utk halau nyamuk... Tapi x sangka plak berbentuk gelang...

    Baby klu gigit pun x bahaya ek kak?

    Senang betul (dunia makin mudah hehe)...

    klu pakai time xda letrik mesti senang.. Time letrik laa kena serangan nyamuk bertalu-talu.. angin pun xda.. asyik pasang lingkaran ubat nyamuk jaa.. tp kna tahan bau asap laa..

    kadang2 tgh2 malam terbangun x tahan kena cium nyamuk.. apa lagi amik spray laa.. lpas spray baru tido, tapi kena tahan bau ubat nyamuk.. wekk!

    best nyaaa.. tahan lama plak tu.. nak.. tp xda duit.. student laa katakan tgh latihan mengajar plak..

    xpa2 one day, i will buy! (feeling determine)

    ReplyDelete
  5. Ramaiyang duk citer pasal gelang halau nyamuk ni berkesan..ada kawan akka lya selalu la bawak anak dia g taman ptg2 ..byk nyamuk tp pakai gelang tunyamuk tak gigit laaa..

    ReplyDelete
  6. nak nak!!
    eish! nak la try
    kalao betul la boleh halau nyamok!
    perh!! mmg superb la ..huhu

    ReplyDelete
  7. Terbaik...macam best jer...boleh ler try nie

    ReplyDelete
  8. wah bagus jugak yer..kena ada nie..lagi2 yang ada baby..

    ReplyDelete
  9. wah bagus jugak yer..kena ada nie..lagi2 yang ada baby..

    ReplyDelete
  10. ingatkan untuk baby je..bagusnya kalau berkesan

    ReplyDelete
  11. Menarik ni..rumah akak ni lagi banyak nyamuk kot..kalau petang2 anak2 suka main2 kat luar,mesti ada yang ngadu nyamuk gigit..tu petang,bayangkan la kalau malam..mesti dapatkan untuk anak2 pakai masa main kat luar.kawasan rumah akak dah lama orang jab kesihatan tak datang sembur nyamuk tu.jadi kena guna alternatif sendiri la.

    ReplyDelete
  12. kalau untuk baby boleh,ingat nak dapatkan satu la shida...memang risau kalau tengah2 malam nyamuk datang menyerang...lagilah sekarang nie musim nyamuk aedis..

    ReplyDelete
  13. Prtama Kali lya dgr..nmpk mnarik Sgt ni

    ReplyDelete
  14. first time dgr produk nie..kalau berkesan mmg bagus..:)

    ReplyDelete
  15. Saya memang tengah cari untuk anak, bila duduk kat kg tak pasal-pasal kena gigit sana sini... kesian tgk...

    ReplyDelete
  16. first time taw pasal ni..tq share kak..

    ReplyDelete
  17. Salam, wahh trendy sgguh ubat nyamuk zaman sekarang, siap boleh jadi gelang dah haa~ nice :D

    ReplyDelete
  18. Must try ni.. Must try! ^__^
    Tapi kaler purple takde plak.. Huhu.. Nak gi intai2 website bugslock ni jap.. Thanks shida share pasal ni.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  19. woww shida! berguna untuk jijah beli ni tau untuk hakimi.. kesian dia kalau kena gigit nyamuk. berbintat2

    ReplyDelete
  20. Salam..
    Terima kasih Kak Shida sebab sudi share bende ni kat kitaorang. Kat kawasan saya banyak sangat nyamuk. Kalau sembur ridsect pun , 1-2jam je nyamuk tu takde , lepas tu mulalah datang balik. kadang-kadang tidur pun tak lena sebabkan nyamuk..

    Nak cuba jugaklah bende nii :D

    ReplyDelete
  21. Wah... Bgus nih.... Cuma nk tak tgk lagi web tu... Nk tau sumber apa dia guna utk buat gelang tu..

    ReplyDelete
  22. Jemput join:

    http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/09/mini-merdeka-giveaway.html

    ReplyDelete
  23. gelang nyamuk? ada bau tak ? atau ada effect sampingan tak?

    ReplyDelete
  24. Perghhh..macam-macam pesyen sekarang ini nak halau nyamuk. Azwar guna "Ridsect" sahaja nak halau nyamuk. Bila baca entri ini rasa macam tertarik nak menarik minat nak guna gelang ini. Bukan setakat boleh halau nyamuk, boleh juga jadikan aksesori dekat tangan. Orang bukan tau pun kan. Tapi gelang ini takde effect apa-apa ke kalau budak kecik main gigit-gigit ke? heheehe.. :)

    ReplyDelete
  25. menariknya kak gelang ni, sekarang musim nyamuk kak..elok sgt2 ada gelang ni untuk membantu :)

    ReplyDelete
  26. sesuai beli satu utk beruang omeii cmni ^^

    ReplyDelete
  27. Bagus eak produk nie ? Suke idea Shida letak di katil ... Best jugak kot dapat try, warna pun pelbagai ...

    ReplyDelete
  28. elok sgt ada benda ni ida.. skrg makin menjadi2 nyamuk .. geram. Hoho

    ReplyDelete
  29. first time tau ade gelang penghalau nyamuk huhuhuh...sis, folo back? :)

    ReplyDelete
  30. Menarik..patutlah hari tu ada tanya kawan..gelang apa tu..dia cakap nak halau nyamuk..ingatkan dia bergurau..ada rupanya..haha..hebat!!!

    ReplyDelete
  31. first time dengar ada gelang penghalau nyamuk. macam menarik jer :)

    ReplyDelete
  32. bgus ni. umah sy bnyk nyamuk. nti dh ada baby jenuh la nak halau.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.