Selamat Tinggal 2014 | Selamat Tahun baru 2015 untuk semua :)

by - 00:48:00

Assalammualaikum, peace upon you.
Selamat Tinggal 2014 | Selamat Tahun baru 2015 untuk semua :) pejam celik pejam celik dah masuk pun tahun baru 2015. Shida pula dah terlewat wish untuk korang 2hb baru nak up entri kan. Aduihhh..masalah betul bila nak berblog semula, rasa lain pulak, sebab dah tinggal agak lama kan. Bila nak type blurr padahal dalam kepala macam-macam nak cerita. Kalau sebut tahun baru mesti kena ada AZAM baru kan :) so azam shida tahun ada penambahan beberapa perkara bagi seorang yang single. Kalau dah berkahwin lain azam dia hehee :D rata-rata nak bahagia, nak tambah anak, nak perbaiki kelemahan dan lain-lain. Macam shida ada penambahan dari 2014 yang masih belum tercapai heheee..apa dia?? hehee tak nak lah story maluuu.. :')

Pengalaman sepanjang 2014 dengan pelbagai tragedi yang berlaku sepanjang tahun 2014 ni memang lah ada baik dan buruknya. Walau pun semua tahu apa tragedi buruk yang berlaku, meskipun kita tidak terlibat secara tak langsung memberi kesan juga kepada diri. Memang tak dinafikan kes pesawat hilang dan banjir ni betul-betul terkesan pada hati bila melihat situasi atau kejadian yang berlaku. Memamg berat mata memandang tetapi berat lagi bahu yang memikulnya. Pengalaman sebagai blogger untuk 2014 masih bersyukur, beberapa perkara sudah dilaksanakan cuma ada beberapa lagi yang masih belum shida tunai atau jalankan sebagai seorang blogger. Pencapaian alhamdulillah sangat-sangat membanggakan juga dengan titik peluh sendiri sehingga kehari ini. Walau disaat-saat akhir 3bulan lagi nak pengakhiran 2014 shida tak dapat nak fokus pada blog sepenuhnya. Inshaa Allah akan shida perbaiki untuk tahun baru 2015

Disini shida mengambil kesempatan nak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015, semoga sepanjang tahun ini kita dilimpah keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat amin :) Inshaa Allah selang beberapa hari nanti shida akan keluarkan senarai TOP KOMEN December dan juga Jari Ohsem 2014. Jika berkesempatan juga Giveaway 2015 akan menyusul untuk permulaan semangat baru bagi shida dan kawan-kawan untuk tahun 2015 ini :) Terima Kasih semuanya :)


You May Also Like

19 comments

  1. Selamat tahun baru Syida! Semoga tahun 2015 ni akan beri kita semua lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan.. Aminn..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun baru ye kak shida, semoga azam dan cita-cita tahun 2015 akan tercapai. amin

    ReplyDelete
  3. happy new year & happy bday in advance :)

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru shida..moga impian jadi nyata

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru Shida..;)

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru kak Shida ;D

    ReplyDelete
  7. Happy new year kakk shidaaa!!!!

    ReplyDelete
  8. Kakk shidaaaa jgn blur blur hihi update blog selalu okkkk

    ReplyDelete
  9. selamat tahun baru shida..:)

    ReplyDelete
  10. selamat menyambut tahun baru shida

    ReplyDelete
  11. Tak terlambat lagi rasanya kan.. Selamat tahun baru shida..moga tahun ni lebih indah hendaknya

    ReplyDelete
  12. 4bln lg masuk tahun baru 2016 pula kn..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.