Penangan GST Mulai 1 April 2015

by - 01:03:00

Assalammualaikum, peace upon you.
Penangan GST Mulai 1 April 2015 | Ramai sebenarnya yang masih tidak faham atau memahami sistem GST ni termasuk lah shida. GST ni adalah satu Sistem Percukaian yang Telus dan Efisien tapi telusnya dimana efisiennya dimana kan? semalam 1 April sistem GST telah pun digunakan dengan rasminya oleh semua yang menggunakan sistem GST ni. Ada juga beberapa bebelan yang shida dengar, ada yang ok ada yang tak ok. Shida sendiri pun tak berapa faham tapi bila semuanya dikenakan GST agak risau juga lah dengan komitmen yang ada kan. So mana yang boleh jimat memang jimat habislah, semalam juga shida dah berbelanja sempena hari pertama GST dijalankan tapi ada juga sesetengah peniaga bulan mac dah guna sistem gst ni dan ada juga yang tak perlu gst dikenakan juga gst. Yang lagi teruk dah ada gst, cukai lain pun lagi meningkat sampai 10%.  Shida pergi kedai RM2 beli 5 barang then pekerja tu kata 1 item ada gst 12sen harga barang tetap sama cuma kena bayar extra untuk cukai. Dia kata lagi ada beberapa barang yang memang tak ada cukai cuma belum asing lagi. So shida bayar RM10.60 (60sen gst). Lepas shida topup pula untuk sebulan RM30 pun kena tambah RM1.80 untuk gst jadi total bayar RM31.80.Sebenarnya topup kena gst ke??? konfius la! Agak terkesan juga dengan gst ni.
Jadi dari apa yang shida lihat dan pemerhatian shida lah taraf hidup makin meningkat lah macam ni memng terkesan sungguh pada shida yang bergaji rendah ni. Shida duduk dikawasan pekan walau tempat shida sudah diiktiraf bandar masih lagi rasa boleh hidup. Macam mana tempat-tempat contph macam KL yang sememangnya taraf hidup mereka sangat-sangat tinggi dengan adanya gst pula. Tapi kita fikir juga untuk orang yang betul-betul susah (miskin) so hidup mereka semakin susah. Dulu kais pagi makan pagi kais petang makan petang dengan adanya gst kais pagi mungkin kais pagi dan petang. Harap ada sesuatu kebaikan disebalik sistem yang dikenakan keatas pengguna dan semua yang terlibat. Kalau dikatakan baik untuk negara nak tengok juga sejauh mana baiknya sistem ini. Jadi shida ambil langkah dengan lebih berjimat walau tak boleh berjimat sebenarnya so kena jimat-jimat juga :)
 gurau senda gst heheee..

ada ke yang dah beli stok siap-siap untuk bekalan hari lain kelak. Parent shida memang tak ada beli apa-apa pun just follow macam biasa. Kalau beli stok banyak-banyak pun nanti habis kena juga beli dan bayar gst kan heheee..


You May Also Like

9 comments

  1. komen ujang tu klaka..haha.. sy msih tggu dah lihat..sambil2 menikmati GST itu..huhuuh

    ReplyDelete
  2. bayar jer la gst tu..doa moga Allah murahkan rezeki kita..aamiin

    ReplyDelete
  3. welcome back Shida..GST terhangat di pasaran sekarang ni..fiza n husband pun xde beli stock, berbelanja seperti biasa..cuma kena berjimat la mana yang ada GST tu

    ReplyDelete
  4. sebelum GST hari tuh ada laa jugak beli barang yang akan naik harga..tapi beli sekadar nak guna jelah..

    ReplyDelete
  5. shida..lamanya xupdate yer..

    semua barang pakat naik..kita xde hak dah sebagai pengguna.sobb~

    ReplyDelete
  6. tak beli secara pukal b4 GST pun, sbb mimin rasa tuu rasa membazir sangat. taku beli banyak2 lepas tu barang cepat rosak. sama jee kena beli baru

    ReplyDelete
  7. Bertabah je la.. Hee.. Bli stok bnyk2 pn nti hbis jgk kn.. Heee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.