Meritz Hotel Miri | Jimat dan Murah!

by - 12:23:00


 
Meritz Hotel Miri | Jimat dan Murah! | Selalunya kalau sebut Sarawak, ramai yang akan terus fikir pasal Kuching atau Sibu. Tak ramai yang akan fikir pasal bandar Miri. Ok a few info pasal Miri. Miri ni merupakan bandar pertama yang bukan ibu negeri tapi dapat taraf bandar raya. Lepas tu status diorang ni dinaikkan until diorang dapat title “Bandaraya Peranginan” in 2005. Miri ni actually bandar kedua terbesar di Sarawak.

Bandar ni kaya dengan sumber asli iaitu petroleum. Di Miri ada pelbagai kaum dan etnik. Ada kaum melayu, Kedayan, Bidayuh, Penan,Punan dan banyak lagi. Dengan pelbagai kaum, ada juga banyak kepercayaan agama seperti Islam, Buddha, Hindu, Bahai’I dan pecahan kecil agama Kristian. 
 
sangat-sangat selesa.
 
Meritz Hotel Miri ni patut jadi pilihan hotel utama bagi korang bila korang datang ke Miri ni. Hotel ni bertaraf 4 bintang yang baru terletak di tengah – tengah bandar Miri. Ia terletak bersebelahan je dengan Bintang Megamall jadi senangla untuk siapa yang duduk di sini untuk pergi shopping atau jalan – jalan. Mall ni ada 200 kedai, panggung wayang, bowling alle tempat karaoke. Tempat gaming pun ada. 
 
Korang confirm takkan bosan kalau duduk sini. Hotel ni dekat dengan Miri Handicraft Centre jugak. Memang boleh beli handicraft yang dibuat dari Miri. Hotel Meritz ada banyak jenis bilik. Ada Superior Room, Grand Deluxe n Family Room. Semua bilik ni decoration dia memang cantik sangat – sangat. Memang bila stay kat sini, korang takkan rasa macam nak keluar dari bilik ni sebab diorang memang akan make sure korang selesa kat situ. Family Room tu siap ada 2 bilik so memang boleh bawak 1 family korang untuk stay kat sini. 

Lepas tu selalunya kat hotel ada 1 restaurant or café tapi Meritz Hotel ni ada 5 restoran n café. Jadi korang yang stay kat sini memang boleh cuba semua restoran kat sini, makanan diorang and try drinks kat café diorang. Ada yang indoor ada yang outdoor. Memang interesting. Tapi yang paling menarik antara semua restoran hotel ni is diorang punya M Signature Revolving Restaurant and Bar. 
 
Yes restoran ni akan pusing 360 darjah sampai korang enjoy fine dining. View korang is the bandar tanpa sebarang halangan. Korang akan dapat duduk situ enjoy the food dengan view untuk 1 jam 30 minit. Memang satu pengalaman baru untuk korang kalau korang datang try restoran ni. 
 
Korang boleh try tengok website dia jugak from time to time sebab diorang akan ada promotion untuk restoran diorang. Ada Weekday Lunch Set la, Chicken Wing set la, Buffet Ramadhan la dan macam – macam lagi. So kalau walk in je mungkin korang tak dapat offer – offer ni so rugi la duit korang. So always check website diorang untuk tahu apa diorang tengah offer okay?!. 
 

 
Meritz Hotel ni memang banyak offer kemudahan untuk guest diorang. Ada swimming pool besar yang korang boleh guna dari 7 pagi – 7 malam. Boleh relax sambil minum drinks tepi pool. Hotel ni ada gym jugak. So bila dah cuba makanan di semua restoren and café tu oleh la cuba equipment yang ada di gym tu. Gym tu buka dari 10 pagi – 10 malam jadi boleh pergi bila – bila masa pun. 

Besides promotion untuk restoran diorang, diorang ada jugak restoran untuk function macam wedding. Boleh la call hotel ni directly untuk mintak quotation terbaik yang sesuai dengan bajet korang. Kalau dapat promotion yang best, boleh dapat rebate jugak. Boleh jimat duit sikit untuk wedding korang kan!. Promo ni setiap bulan akan bertukar-tukar. Jadinya kalau ada yang korang suka kenala call hotel ni cepat – cepat untuk sebarang pertanyaan okay.
 
Dah banyak dah info shida bagi kenapa atau sebab untuk korang book meritz hotel in Miri ni jadi korang tak payah fikir banyak – banyak lagi. Korang boleh book terus kat website diorang dan situ dah ada tulis account number untuk transfer duit terus. Senang kan! Jadi tunggu apa lagi jom cepat-cepat book Hotel Meritz.

You May Also Like

6 comments

  1. yaya tau kuching je..hehe

    salam kak shida?
    pe habaq? ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam yaya..
      Samalah kak shida tau kuching je..Baru tau Miri pn awesome!

      Delete
  2. rasa mcm nak book juga...thanks info boleh di pertimbangkan

    ReplyDelete
  3. Liez xpernah smp sarawak lagi.. tp mmg nak jejak kaki ke sana..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.