Dunia Sebenar Shida | Tahun Baru 2020

by - 13:40:00

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dunia Sebenar Shida | Tahun Baru 2020 | Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis diruangan cinta hati blog kesayangan ini. Walau kurang bersama tapi blog banyak berjasa dengan shida tau! Bersyukur juga kita semua dah pun masuk ke Alaf 2020. So azam korang tahun-tahun sebelumnya dah tercapai ke? Alhamdulillah azam shida tahun tahun sebelumnya ada yang dah tercapai korang :) senyum sikit :) haaa seronok juga bila mana azam yang kita duk tangguh tu dah tercapai jua :)

Shida masih teringat tau! bila berkira-kira nak masuk tahun 2020 ni duk mereka lah! ada kereta terbang lah, ada rumah terapung lah, ada maid robot lah! betul korang! dulu masa time sekolah rendah siap lukis lagi macam mana situasi kehidupan 2020. Okay! sekarang dah pun duduk di Alaf 2020 jadi apa yang shida duk berangan tu masih tak ada lagi maksudnya tak tercapai dek akal sebenarnya ^_^

Lupakan angan-angan makjenin shida tu dulu, sebenarnya azam shida pada tahun-tahun sebelum ni antaranya lah, nak bina rumah tangga, nak ada anak2 soleh dan solehah, nak melancong, nak ada biznes sendiri dan nak ada aset sendiri. Tapi setakat tahun ini shida boleh capai adalah bina rumah tangga hahahaa! Bina masjid lah korang apa lagi. Kami pun dah usia setahun perkahwinan, masih bahagia macam masa mula-mula bercinta cuma masih belum dikurniakan zuriat lagi. So azam yang lain2 shida masih dalam berusaha untuk mencapai, doa-doakan lah ye korang.. Amin :)

Shida kahwin masa bulan disember 2018 dan terus menerap di kampung suami, setahun kami di sana shida sedikit sebanyak belajar budaya hidup di kampung. Shida berhenti kerja dan jadi seorang suri rumah sepenuh masa dan selalu teman suami pergi bekerja, Hari-hari buat perkara yang sama sehingga ada satu perasan timbul nak bekerja semula. Yerlah dah biasa bekerja dan pegang duit sendiri tiba-tiba terhenti! agak ganjal disitu. Dalam tempoh setahun 2019 shida minta izin suami untuk bekerja semula dan berpindah ke tempat shida. Alhamdulillah setelah sepakat dengan semua untuk tahun ini 2020 kami pun dah berpindah semula ke tempat tinggal shida di Taiping :) Shida pun dah mula bekerja seperti biasa :)

Sejak baru kahwin memang kami duduk berasingan, sekarang pun dah menyewa tempat tinggal berdekatan dengan tempat kerja shida. Syukur rasa semua planning shida berjalan dengan baik. Sekarang dalam berusaha untuk mencapai azam-azam yang tercapai. Mudah mudahan diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kerja dan kehidupan seharian.

Lupa pulak! seperti biasa untuk blog tercinta shida masih berusaha untuk aktif semula, cuma masih mencari masa yang sesuai untuk come back. Shida ni bukan apa, kadang2 bila kata come back lepas shida bzzz hahahaa. So tunggu lah masa-masa yang sesuai nanti. Follower yang selalu singgah pun dah hilang tah kemana, lama betul shida tak aktif. Bukan saja time berkahwin sebelumnya lagi dah tinggal blog ni. Kesian blog kite :(  Okay korang, andai ada lagi idea shida update lagi blog ye :) harap lebih-lebih kerap lagiii shida update ya! Jumpa lagi korang :*


HAPPY NEW YEAR 2020 GAIS :)


You May Also Like

10 comments

  1. happy new year shida..
    semoga semuanya baik2 je di tahun 2020.. =)

    ReplyDelete
  2. hye shida.. kita pun sama laa...tenggelam timbul, tenggelam timbul... komitmen banyak sgt laa sekrang... tapi tu laa.. blog shida masih menyengat.. happy blogging!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sis Shida, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  4. happy new year dan happy rejab!

    ReplyDelete
  5. Cantiknya blog shida ni...done follow

    ReplyDelete
  6. Kereta terbang takde.. virus terbang adalah XDD

    ReplyDelete
  7. kak shidaaaaaa. selamat tahun baru. dah ramadhan dah ni. ingat tak saya ? hehe 9, 10 tahun dulu pernah pakai url tembikaisusuitubest. haha

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun BAru Shida 2020 !

    ReplyDelete
  9. Baca pos Shida awal Januari, sekarang sudah 22 Disember. Betapa cepat masa berlalu kan?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.