Rombongan Majlis Bertunang di Ipoh

by - 01:01:00

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Rombongan Majlis Bertunang di Ipoh - Maaf korang, sehari dua ni shida agak sibuk dengan banyak urusan. Tak dapat nak fokus sangat pada blog. Sabtu dan Ahad shida sibuk dengan urusan keluarga mertua shida. Shida ke Ipoh pada hari sabtu 4hb Julai, mengikuti rombongan bertunang adik ipar shida. Sebelum tu pun dah sibuk dengan urusan macam-macam. Belum mula kerja pun dah mula sibuk korang! Risau pula rasa kalau dah kerja macam mana pula sibuknya ^_^

Rombongan kami satu keluarga ke Bercham, Ipoh. Nak menyunting bunga ke sana untuk adik ipar shida ni. Lama mereka berkawan akhirnya dapat juga diikatkan dengan satu ikatan. Lega dah part bertunang, ikat pun tak lama dalam 6 bulan sahaja. Majlis Perkahwinan akan diadakan pada bulan Disember 2020 nanti. Tapi kalau diikutkan Bulan Ogos pun ada juga Majlis Perkahwinan adik ipar perempuan shida juga yang tertangguh disebabkan PKP. Maka tahun ni ada 2 majlis nanti, semoga semua majlis berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. 

Ada tak yang nak tengok gambar hantaran shida time shida kahwin? hahahaa > baca sini <
Sorry gambar kejadiannya agak kurang memuaskan sebabnya masing-masing nak jadi photographer kan jadi berebut nak ambil gambar. Lagi-lagi si tukang ambil gambar pun tak pro mana ^_^ siapa punya tanganlah dalam gambar ni hahahaa ;) Biasanya waktu bertunang hantarannya banyak yang manis-manis. Contoh hantaran manisan seperti buah-buahan, coklat, kek, cupcake dan macam-macam lagi yang boleh dipelbagaikan menjadi manisan. Time shida bertunang tak sempat pulak shida nak update entri blog kesian betul! lain macam sibuknya.

Tahniah Diyana & Hasbullah, Selamat Bertunang :)


You May Also Like

17 comments

  1. Epal berbalas epal nampaknya hehe

    ReplyDelete
  2. sweetnya perantin tahniah ye

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak shida bakal dpt adik ipar nanti :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..selamat bertunang, berbalas tepak sirih..tepak sirih tekat benang emas, warisan seni negeri Perak..

    ReplyDelete
  5. Dapat dua biras terus tahun ni. Seronok ahli keluarga makin bertambah kan.

    ReplyDelete
  6. @Syaz RahimEpal buah wajib..mana2 majlis mesti ade ^_^

    ReplyDelete
  7. @nohas Ya..mana2 pun mesti bawa yg moden emas nih..time shida dah upgrade sikit..guna ukiran kayu je :)

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan pasangan hingga ke jinjang pelamin..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. selamat bertunang utk pasangan..
    semoga dipermudahkan segala urusan.. =)

    ReplyDelete
  10. Selamat bertunang untuk adik ipar shida dan bakal biras. Wahh makan nasi minyak dua kali lah ni dua dua adik ipar nak kahwin.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.