Gelang Emas Double Coco | Assalammualaikum korang 😊 hurmm hari ni excited sikit nak menulis entri hehe. Korang ingat tak pasal niat shida nak beli gelang emas sebab gelang emas shida dah putus dan rapuh "baca sini" Ingat kan! Haaa Alhamdulillah berkat kesabaran dapat dah pengganti gelang emas yg lama tu. Selasa yang lepas shida keluar dengan mak dan adik, ajak dorang teman shida beli gelang emas baru. Bukan itu sahaja korang, shida ajak dorang juga ke Sri Iskandar pergi ke satu tempat tu nanti shida story next entri okay.
Kebiasaan kan kami satu family kalau nak beli barang kemas mesti atau wajib pergi ke Kedai Emas Kimyo 108 ni sebab yang pertama kedai ni owner dia sangat-sangat ramah dan pandai ambil hati customer. Lagi pula owner ni juga kawan lama kakak shida yang sulung tu. jadi kakak introduce kedai ni sebab yakni boleh dipercayai. Bila dah selalu pergi senang nak minta tawar menawar kan, harga member2 orang kata lain sikit dari customer yang lain, tak gitu hehee 😁
Alhamdulillah, dapat juga merasa beli gelang besar sikit korang. Ini lah dia Gelang Emas Double Coco shida. Teruja bila dapat pakai gelang ni tau rasa lain sikit aura dia hahaha 😍 Harga gelang ni RM 2.4K (trend in gelang lama 1K) so shida cuma perlu tambah lagi RM 1.4K sahaja. Berat juga gelang emas double coco ni 8.1g tau, pegang pun tebal je, syukur sangat. Harap gelang ni lebih bertahan lama bersama shida, lebih lama dari gelang lama. Okay korang tu je nak story hari ni. Happy reading and blogwalking semua ya!


