Banyak juga barang-barang dapur yang tengah promosi sehingga sekarang ni. Sebenarnya memang dah niat nak beli lama dah, termakbul juga bulan ni dapat gadget baru ni. So apa yang shida beli untuk gadget dapur bulan ni sempena sale 12.12 di shopee?
Ini lah dia barang yang shida grab masa sale shopee 12.12 - Giselle Pressure Cooker 6L 18 in 1 Multi-Option Program. Sebelum shida beli, shida share dulu dengan kakngah shida, so dia pun kata berbaloi sangat beli kalau lihat dari segi function. Alhamdulillah so shida pun beli, lebih kurang selepas seminggu barang pun sampai dalam keadaan baik dan terbaik! Setakat ni belum cuba lagi nak guna sebab nak kena belajar dulu cara penggunaannya hahahaaa 😂😂
Harga sebelum sale RM 699 | Harga sale 12.12 di shopee RM 179
Barang yang shida beli masa shocking sale 9.9
Barang yang shida beli masa shocking sale 11.11
So memasak pun dengan hati yang gembira tapi kan dalam list gadget dapaur masih ada lagi belum tertunai hahaaaa. Ok kita bawa ke tahun 2021 pula, kira 2 gadget dapur ini adalah penutup tirai bagi tahun 2020, okay tak macam tu?



