Assalammualakium wbt & Selamat Sejahtera.
Nasi lemak McD Rendang Ayam | Geng Nasi Lemak | Alkisah petang tadi lepas shida habis kerja lebih kurang pukul 6.15 encik husben ajak makan, kesian pula dengar katanya dia lapar. So kebiasaannya kami kalau salah seorang ajak makan jadi orang tu yang decide nak makan kat mana. Pilihan encik husben petang tadi makan di McDonald je, kebetulan dah keluar menu baru kan kita cuba tengok pi diaa macam mana. Makan kali ni tak dan tangkap gambar korang ^_^ lapaq punyai pasai makan terus tak pandang hp dah ^_^ tengoklah gambar design dari mcd ni.
Geng Nasi Lemak kalini kami berdua memilih untuk cuba Nasi Lemak Rendang Ayam McD, sajalah nak cuba rendang ayam dari mcd ni. First masa menu sampai bau dia fuhyooo bau rendang kampung wangi je tapi agak kecewa sikit pada rasa dia tak berapa okay bagi kami (husben cakap rendang shida buat lagi sedap =p ) so disebabkan menu sampai masih panas lagi so kami makan lah sampai habis. Sambal nasi lemak mcd seperti biasa lah pedas-pedas sikit tapi encik husben kata tak pedas (sebab dia kuat makan pedas) Setakat ni menu baru mcd yang paling shida rasa sedap setakat ni Nasi Mcd Kuah Kari tahun lepas tak silap menu ni. Time tu pun shida dapat makan sekali ja masa tu disebabkan kekangan masa nak ke mcd, kebetulan menu tu sangat-sangat terhad.
Kalau Mcd keluar balik menu ni Inshaa Allah shida pasti akan repeat :) So korang dah cuba ke Nasi Lemak Rendang Ayam Mcd ni atau dua menu baru yang lain ? macam mana sedap? pendapat korang? Yerlah tekak masing-masing kan, mungkin ada rasa okay dan sedap atau mungkin aa rasa disebaliknya kan.



