Assalamualiakum wbt dan Salam Sejahtera.
Tujuan Shida buat segmen bloglist ini adalah...
Kebaikan Bloglist 2020 Blog Shida ini adalah...
SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com - Lama dah shida pendam nak buat segmen, cuma tunggu masa yang sangat-sangat sesuai. Alhamdulillah hari ini tiba lah masanya shida lancarkan "Segmen Bloglist 2020 Blog Shida" segmen yang pertama untuk tahun ini. Kenapa pertama? sebab dah lama sangat tinggai blog kesayangan ni ^_^ sape suruh ye dak :p Segmen akan bermula 24 Jun 2020 sehingga 13 Julai 2020 bersamaan 20 hari sahaja. Okay lah jom tengok apa syarat-syarat yang patut diambil kira dalam menyertai segmen shida ini, sememangnya mudah sahaja. Okay lets start it :)
- Buat satu entri dan tajuknya - SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com
- Copy Banner Segmen dan masukkan dalam entri serta backlink kan ke entri segmen ini.
- Cerita sikit dalam entri "apa yang korang suka tentang blog shida"
- Follow Blog Shida dan Add Facebook Shida Radzuan **jika ada facebook ya :)
- Dah siap? Korang boleh send link entri korang ke komen entri segmen ini sahaja ya.
- 20 blogger terpilih akan shida masukkan ke dalam Bloglist 2020. Bloglist ini akan kekal sehingga Disember 2020 selagi blog tersebut masih aktif.
- 1 pemenang akan shida pilih melalui referral tertinggi atau Top Referral dan akan membawa pulang berupa hadiah cash RM50.00
- Okay itu sahaja untuk segmen kali ini, Semoga berjaya dan Selamat Bersegmen untuk semua bloggers.
Tujuan Shida buat segmen bloglist ini adalah...
- Shida nak mencari kenalan-kenalan baru sebab rata-rata tengok banyak dah blogger baru muncul. Salam Kenalan untuk awak semua.
- Nak dapatkan aura-aura positif dikalangan blogger-blogger. (bukan senang ya! lama shida tinggai blog)
- Nak ambil semangat baru dan terus istiqomah dengan berbloging.
- Nak terus aktif dan blogwalking sesama bloggers.
- Mengeratkan lagi ukhwah dan silaturahim sesama blogger.
- Menaik taraf semula blog Dunia Sebenar Shida a.k.a www.duniashida.com
- Memburu misi follower ke 5000 dan pageview ke 10 juta. Dapat antara dua ni shida nak lancarkan "Giveaway"
- Bersempena juga ulangtahun blog Dunia Sebenar Shida ke 10 tahun 19 Julai 2020.
Kebaikan Bloglist 2020 Blog Shida ini adalah...
- Kita boleh saling blogwalking untuk meningkatkan trafik blog
- Kita boleh saling menambah follower antara bloggers
- Kita juga boleh saling mengekalkan budaya komen mengomen di dalam entri bagi meningkatkan kualiti blog.
- Kita boleh menjadi Sahabat Blogger
- Kita juga boleh saling membantu dalam apa jua permasalahan mengenai blog

