Ada juga yang mengambil peluang dengan cuti bersambung ini membawa keluarga bercuti atau berjalan-jalan sempena cuti hari krismas. Walau bagaimana pun SOP jangan dilupakan ya! bagi mengelak penularan wabak covid19 yang masih berleluasa di dalam negara kita ni. Angka kes masih kekal 4 angka so kita masih belum menang korang!
Setiap kali tibanya perayaan krismas ini pasti akan ada persoalan yang berlegar-legar dalam kalangan umat islam adalah, hukum mengucapkan "Merry Christmas" kepada mereka yang meraikannya.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkata, "Ucapan Merry Christmas adalah sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu. Golongan Muslim boleh mengucapkannya kepada orang Kristian, dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya." Penting untuk kita wujudkan kesedaran mengenai perkara ini agar tak timbul sebarang kekeliruan. Hiduplah secara harmoni bersama agama-agama lain.

