Assalamualaikum, peace upon you.
hye semua, 2 3 hari ni tak berapa nak ada mood nak blogwalking tak tahu lah kenapa. mungkin gara-gara penat bekerja, letih sangat-sangat. tapi before ni shida ada pening-pening sikit sampai panas badan terpaksa stop bloging sehari nak rest dapatkan tenaga balik. Alhamdulillah semuanya dah pulih :)
ni Hari tu punya cerita lah, tengah sakan berblogwalking tetiba jumpa shout kat dalam gambar tu. Adakah benar dia perempuan? Adakah ini satu perangkap? atau dia saja-saja dah jadi habit shout kat cbox orang macam tu,blogger ke dia? banyak lah persoalan yang timbul dalam fikiran ni. siap bagi no.Telefon lagi, korang nak?? ambil lah free lagi hehe^^ siapa yang percaya dan ambil memang ngok ngek lah!! hahaaa^^
apa-apa pun berhati-hati lah sebab dah macam-macam terjadi sekarang. jerat menjerat tipu menipu dah jadi habit manusia sekarang untuk mendapatkan apa saja yang mereka mahu. Ada yang sanggup membunuh itu lagi menakutkan dan kejam. Zaman sekarang ni nyawa bagaikan mainan boleh dibunuh sesuka hati tanpa berfikir panjang.
sama-sama kita fikir-fikir dan renungkan apa saja yang kita buat perlu ada batasnya. apa yang penting berhati-hati dalam apa jua yang kita buat. selamat beramal ^_^

