Assalamualaikum, peace upon you.
hai semua, sorry shida publish lewat entri tentang tutorial blog kena removed ni. Sebenarnya blog kena removed ni dah banyak blog yang kena termasuk lah blog shida, beberapa hari yang lalu blog shida pernah kena test removed oleh blogspot. tapi alhamdulillah lah tak lama. beberapa minit saja. Tapi ada juga blog yang kena removed langsung tak timbul-timbul huhu^^
selepas shida terkena dekat batang hidung sendiri, ada blogger (izzah) yang mengadu blog dia pun kena removed. Then shida buat seperti sebelum ni hantar email pada blogspot. shida hantar sama seperti gambar print screen diatas. pada minggu pertama tak ada feedback lagi. Hari ini shida saja-saja buka blog yang kena removed tu, alhamdulillah dah ok tak ada cacat cela pun. Shida dah inform tuan punya blog. Hope dia happy. Shida pun happy sebab email yang shida bertungkus lumus cari kat google berguna juga sebenarnya.
so bagi yang ade masalah blog kena removed boleh pakai tutorial ni ok. Langkah-langkah seperti diatas dan boleh rujuk disini juga :
- buka akaun gmail >> write email to : bloggerhelp@blogger.com
- subject : blog has been removed
- isinya type sama seperti gambar diatas *tak akan tu pun shida nak tulis balik kan :P
- selesai sudah korang boleh Send
setiap hari atau setiap 2hari sekali korang tengok balik blog yang kena removed tu. kalau dah ok means dah berjaya lah pihak sana dah approved. Kalau belum lagi bersabar lah sampai dorang bagi balik blog korang tu. Kadanag-kadang memang makan masa sikit. Macam blogger yang shida bantu tu pun ambil masa sikit.
Hope tutorial ini membantu, selamat beramal ^_^


