Blogger Pilihan | Hai korang, maaf lah lambat pula update harini. Macam biasalah kesibukan yang melanda shida dengan nak berniaga lagi, balik masak, urusan rumah, fuh! penat! Kadang-kadang shida kantoi juga korang, selesai semua shida dah flat terpaksa berehat dulu dari buka blog.
Dalam berehat tertidur sudah, kalau buka laptop tidur sekali dengan laptop. Dulu masa kerja dekat tusiyen shida tak pernah tidur petang tapi sejak bertukar waktu bekerja disebelah awal pagi mesti petang tu dah mula rasa mengantuk. Mungkin disebabkan kerja yang menggunakan banyak tenaga.
Ohya! lupa pula shida pada topik utama entri kali ini. Blogger pilihan ni sebenarnya shida nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Blogger Aselawati dari Blog Shiela Inspire yang memilih shida sebagai blogger pilihan blog beliau.
Siang tadi shida terima massager di facebook dari Kak Aselawati yang meminta detail untuk penghantaran hadiah kerana terpilih sebagai Blogger Pilihan. Mulanya baca gitu-gitu je dan terus reply dekat Kak Aselawati yang kemungkinan dia tersalah orang sebab shida semak dua kali entri pemenang giveaway dari kak aselawati memang takde nama shida.
Lepas Kak Aselawati mention yang ini adalah untuk Blogger Pilihan blog beliau. So shida faham disitu memang takde update dalam senarai pemenang giveaway. Perasaan terus rasa gembira bila terpilih antara semua blogger. Terima kasih Kak 😍
Teringat dulu masa shida aktif bloging, shida juga ada membuat aktiviti yang sama iaitu memilih seorang blogger pilihan setiap tahun. Rasanya ada 1 2 blogger yang dapat gelaran itu di blog shida antaranya Blogger Azhafizah.
Mungkin aktiviti ini bakal shida teruskan untuk tahun ni kan. Seronok juga, berkongsi rezeki kepada blogger yang banyak membantu kita dan blog sepanjang tahun. Tak kisahlah dari segi komen ke, bantuan lain-lain ke. Inshaa Allah 😊







































