Suka shida terima kad raya dari Cik Nor ni :) warna biru hehee..pandai kawan-kawan shida ni dorang tau shida suka warna biru so pilihan kad untuk shida pun warna biru :) terima kasih Cik Nor untuk kad raya ke 12 ni :) telah sampai dengan selamatnya. Terkejut juga dapat kejutan kad raya dari Cik Nor :)
Moga Sampai Dengan Selamat | Tudiaaa..apa yang sampai dengan selamat tu? Sebenarnya shida dah pos kesemua hadiah untuk Top Komen Bulanan dan juga Hadiah untuk Blogger Pilihan 2014. Berharap sangat-sangat semua hadiah tu sampai ke tangan tuan dia dengan selamat. Bukan apa banyak hadiah-hadiah yang shida pos by setem sebelum ni kadang-kadang tak sampai, padahal bukan berat pun timbang pun tak gerak pun jarum timbang tu haaa. So shida tunggu khabar dari Blogger Pilihan 2014 dan juga rakan seperjuangan untuk top komen bulanan seperti gambar dibawah ini :) Tahniah!! Oh ya! nama yang shida underline warna merah tu belum PM shida untuk beri detail. Yang lain semua dah PM dan ada yang shida dah ada alamat dia. Andai kata lah empunya nama terbaca entri ni bila-bila pun, PM je shida ok? (untuk beri detail korang) Sentiasa shida alu-alukan untuk korang :) Terima kasih semua :) Hope lepas ni shida lebih bersemangat untuk berblog :) Happy Blogging semua :)
Pejam celik pejam celik dah menghampiri penghujung bulan may kan, sekejap je masa berlalu. Shida pula nebes bila masa begitu pantas berlalu sebab semakin menghampiri 30 series hahaaa :D dah tua tak nak mengaku juga kan hehee..Shida sebenarnya bukan nak berceloteh pasal umur ke apa, shida just nak inform bahawa seperti yang dijanjikan oleh shida sebelum ni dimana pengumuman untuk Blogger Pilihan 2014 telah pun dikenal pasti. Shida berterima kasih kepada semua yang selama ini menyokong shida dari jauh dari belakang depan dan mana-mana arah lah! terima kasih banyak-banyak ye :)
Untuk Hadiah Blogger Pilihan 2014 ini seperti biasa si penerima yang akan memberitahu atau membuat satu entri di mana dia adalah Blogger Pilihan 2014 Blog Shida ni. Untuk 2013 Blogger pilihan adalah Blogger Jiejah (Ratu Pecut) atau www.ziezah.com. Shida belanja dia makan KFC dengan memberi voucher kfc. Dapat lah jiejah makan dengan family tercinta :) Untuk 2014 shida tak beri voucher tapi tukar kepada barang iaitu sepasang telekung, bag telekung untuk travel dan sepasang baju, semua ni made in INDONESIA. Tahun lepas masa cuti sekolah kakak shida ada travel pergi Indonesia so shida kirimlah beberapa barang khas untuk si Penerima ni :) Hope dia suka lah :) So kita just tunggu barang sampai dan di update oleh si penerima nanti ya! sorry juga sebab lewat shida kirimkan :) Inshaallah untuk 2015 memang ada dan masih beramah mesra :) Thanks juga kepada semua yang banyak support shida dan blog picisan shida ni :)
update : shida akan pos juga untuk top komen bulanan, hadiah dah sampai beritahu ye :)
Tahniah! Top Komen Bulan September 2014 Blog www.duniashida.com | Kepada yang belum tersenarai boleh cuba lagi ok :) shida ada paparkan pada kawan-kawan TOP 40 Komentar so boleh lah intai-intai ada tak diantara korang yang tersenarai, kalau ada tahniah k!. Untuk hadiah seperti yang dijanjikan kepada top 10 komentar shida kena tunggu sampai bulan oktober ok, shida beri hadiah sekali 2 bulan ya, macam biasalah selalu shida buat :) Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang tak jemu-jemu datang dan komen blog shida ni. Seperti biasa setiap tahun shida mencari TOP KOMEN tahunan untuk memberi satu penghargaan tapi biasanya siapa pun tak tahu pemilik hadiah tersebut dari blog shida ni sebabnya hadiah shida send memang dia tak tahu dan dia sendiri kena beritahu dia adalah Pembaca Setia dan TOP KOMEN tahunan blog shida nanti, kiranya kena buat entri lah nanti selepas menerima. Dah pantau dari bulan Januari sehingga sekarang dan akhir tahun nanti. Untuk tahun 2013 Pembaca Setia dan TOP KOMEN tahunan shida adalah Blogger Jiejah ratu pecut kita hehe Thanks jiejah! :) so untuk 2014 kita tunggu dan lihat siapa yang bertuah nanti ya :)
Blogger paling Awesome dalam blog www.duniashida.com | Syukur-syukur sehingga ke hari ni jari jemari masih bermaya untuk menaip hari ni. Isu nak dikupas amatlah menarik kerana isu beberapa blogger kegemaran shida. Siapa? haaa ni nak cita kat hampa semua ni. Blogger yang shida maksudkan adalah seorang yang aktif berbloging, sangat suka berkongsi cerita tak kira lah tentang apa sahaja cerita, tiap hari pastinya ada yang dia update kan. Seorang yang suka blogwalking join segmen dan giveaway. Seorang yang peramah lagi mesra dan yang paling penting dia adalah seorang blogger tegar yang selalu datang menyinggah menyapa dan komen di blog picisan www.duniashida.com.
Suspen dak?? hahaaa nak tau ke siapa mereka tu semua? mereka itu adalah TOP 40 Jari Ohsem! Blog shida lah! sila pergi ke sidebar shida sudah update untuk 40 Blogger yang tersenarai dan yang bertuah setiap bulan yang dicari adalah 10 sahaja. Untuk september dan oktober pemberian hadiah akan menyusul pada hujung oktober nanti. Siapa yang dapat? maybe diantara mereka yang tersenarai. Sebenarnya shida berasa tersangat happy sebab 40 yang tersenarai tu hampir 50% blogger baru atau blogger yang baru menyinggah ke Dunia sebenar Shida ini :) terima kasih shida ucapkan tanpa korang haihhh tak tahu lah kemana hala blog picisan serba biru ni nak pergi kan :)
Shida sebenarnya dalam proses nak rombak blolglist so segmen bloglist yang pertama bakal menyusul untuk shida update blogger-blogger yang benar-benar aktif bukannya tenggelam timbul. Jadi 40 blogger yang tersenarai di dalam Top 40 Jari Ohsem! layak masuk dalam bloglist ya :) Tapi kalau boleh korang kena rajin update untuk shida terjah dan komen juga. Kadang-kadang selalu terlepas pandang blogger yang rajin komen blog shida tapi shida belum lagi singgah dan komen blog dia. So untuk tidak ketinggalan shida akan update bloglist baru dan akan masukkan seramai yang boleh untuk yang aktif sahaja :) Bloglist shida pun ramai juga yang dah tak update tak blogwalking so kita beri pada yang rajin sahaja :) Terima kasih sekali lagi kepada Top 40 Jari ohsem blog shida. Happy Blogging semua :)