Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah alhamdulillah shida sangat-sangat bersyukur dan berasa sangat-sangat lega dengan kemenangan BOLA SEPAK dalam SUKAN SEA kali ini. Segulung tahniah buat pasukan HARIMAU MUDA kita kerana berjaya membawa pingat EMAS buat Malaysia sejurus menambah lagi jumlah pingat emas kita. Tahniah juga pada ketua pasukan Malaysia BADDROL BAKHTIAR yang menguruskan pasukannya dalam perlawanan sangat baik dan sekali gus mengharumkan nama NEGARA MALAYSIA dengan tendangan penalty nya yang membolos terus kegawang GARUDA MUDA. Apa-apa pun bola menang dan emas untuk Pasukan Bola Malaysia, tahniah! tahniah dan tahniah! shida tersangat happy ^_^
MEREKA adalah yang terbaik!! kita harus memberi pujian kerana mereka telah bekerja keras untuk MALAYSIA. Tumpuan seterusnya untuk perlawanan seterusnya :)
Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah akhirnya Malaysia Skuad Harimau Muda kita beraksi di perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea. Menentang semula Skuad Garuda Muda dari Indonesia. Pendapat shida Skuad Harimau Muda kita tidak lagi perlu gentar kerana masing-masing pernah bertemu dalam perlawanan dalam kumpulan. Mahu pun kita menang pada perlawanan tersebut tetapi janganlah kita mengibaratkan seperti perlawanan final nanti akan menjadi mudah. Mungkin skuad Garuda Muda akan bersiap sedia untuk perlawanan akhir nanti. Walau apa pun Skuad Harimau Muda Malaysia harus lebih berhati-hati dan fokus serta jadikan perlawanan sebelum ini sebagai satu pengalaman, pengajaran dan mencari teknik-teknik serangan dan kelemahan pertahanan Skuad Garuda Muda Indonesi untuk ke Final nanti. Insyallah ada rezeki dan tuah Skuad Bola Harimau Muda kita ini akan menyumbang lagi pingat untuk meningkatkan lagi kedudukan Malaysia.
target shida dalam game ni nanti mungkin 2-0 tapi walau berapa pun shida tak kisah janji menang hehe^^ Semoga berjaya buat skuad Bola sepak negara dan para atlet yang masih dalam perlawanan. Jangan lupa kawan-kawan kita tonton perlawanan ni esok malam. Moga tuah berpihak pada kita lagi ^_^
to izzaq please semangat dan bangun semula! skor lagi untuk shida dan seluruh rakyat Malaysia masa Final nanti ~_^ tak nak jatuh-jatuh tergelincir lagi ya :) balas balik untuk gambar dibawah ini. sangat-sangat kurang ajar!!
gambar shida terpaksa remove bagi tidak buat sesiapa terasa atau berkecil hati.
KALAU INFO INI SHIDA SILAP MOHON MAAF BAGI YANG TERASA!!