Dalam kita sibuk berbuka puasa, jangan lupa ada saudara kita yang masih lapar dan dahaga, berilah sedikit pada mereka supaya mereka rasa dihargai ~InsyaAllah
Alhamdulilah syukur kita masih lagi bernafas dibulan puasa yang mulia ni, hari ni masuk hari ke 7 kita berpuasa. so macam mana puasa kawan-kawan? tunggang terbalik ke? atau ok suda :) setakat ni perjalanan puasa shida dekat rumah bersama family ok je walaupun dalam rumah tak semua ada, adik-adik dekat tempat belajar masing-masing, abang dan kak long dengan keluarga masing-masing so dekat rumah betul-betul tinggal kami 4 beranak Mak Ayah Kak Ngah dan shida. Apa yang paling sedih semua akan balik pada akhir-akhir puasa. So nak bersama-sama lama-lama berbuka dan bersahur sama-sama memang tak dapat lah! merasa pun masa 1st puasa hari sabtu yang lepas, semua balik kecuali Abang shida, kakak ipar dan anak buah shida Esya <<-- lama tak tengok dia rindu!!
Untuk entri kali ni "Juadah berbuka puasa paling syok" sebenarnya keyword "juadah berbuka puasa" dah lama berlegar-legar dalam stats shida, dekat keyword Nuffnang pun ada mula dari 1st July sampai sekarang keyword tu keyword carian paling HOT! sentiasa menjadi TOP! dorang cari, tak kira lah dari mana-mana sumber kan. Biasalah bulan puasa mesti lah nak cari MENU utama berbuka puasa kan. Macam family shida sendiri yang sekarang cuma tinggal 4kerat ni MENU yang terbaik atau menu yang tak pernah tinggal dari mula puasa sampai hari ke 7 ni "SUP SAYUR" fav family dan shida juga :) Sup Sayur ni mesti ada boleh dikatakan setiap hari mak masak. disebabkan semua makan sayur so tak jadi masalah jika masak hari-hari pun, lagi pula kan baik untuk kesihatan dan tubuh badan kita jika makan sayur lebih :)
lebih kurang macam ni lah SUP SAYUR tu, rembat gambar ni dari Google
oh ya! FLU shida dah semakin sembuh hari ni sangat-sangat ok, gara-gara cuma makan vitamin C saja, sungguh tak percaya!!
hari makin lama makin berlalu, sekarang pun dah masuk puasa ke12, kerja juga makin banyak sampai letih dibuatnya, nak membebel dekat entri pun shida tak tahu nak buat topik apa hari ni, teringat pula ada kawan-kawan tag shida contest dan GA so shida rajinkan diri juga join contest yang telah ditag oleh Cik Pelangi yang comel lotey. Thank you dear sudi tag shida. Shida ready nak buat entri ni hehe^^
Owner contest adalah Anis Athia. Klik banner atau namanya untuk berkenalan ya! Contest dianjurkan senang je "Juadah Berbuka Puasa Paling Syiok!" ha..gerun tak bunyi dia?? hehee^^ syarat mudah sangat!! disebabkan sekarang dah masuk puasa yang ke12 jadi mesti lah kita dah jumpa atau dah pernah makan makanan atau juadah berbuka paling syiok ni!! bagi yang nak join dialu-alukan masih lagi dibuka setakat ini. Tarikh akhir 25 ogos 2011. Hadiah juga berupa duit raya. yay! tapi pakai random lah! ok lah tu hope shida bertuah kan!
kenal tak menu ni? haa! ni lah Popia Basah.setakat ni tak pernah lagi tak makan popia basah ni. kat tempat shida paling ramai orang makan popia basah ni. Ada makcik ni buat tersangatlah sedap sampai shida minta mak beli setiap hari. Shida makan santai-santai sambil tengok tv. pejam celik habis dah, punya lah sedap heee^^
ini pula air kalau namanya juadah kalau tak ada air tak lengkaplah juadah tu kan. So pilihan shida untuk air adalah Air Teh Bunga. Sedap free sugar baik untuk kesihatan. Dulu tak suka minum tapi bila dah cuba sekali nak lagi. Setakat ni pun air teh bunga ni pun hari-hari shida minum hehe^^ tak tahu kenapa dah boleh jadi air kegemaran pula!
so itu saja juadah berbuka paling syiok shida. untuk contest ini shida nak tag mereka :