Assalammualaikum, peace upon you.

Mandul pun mandul laaaa.. | 3 Cpuv Campaign dari Nuffnang | Walau sibuk dalam rutin harian, masih lagi dapat cpuv baru tapi mandul. Seperti yang diperkatakan bloggers diluar sana. Nak buat macam mana dah rezeki kita macam tu. Mandul pun mandul lah ia tetap rezeki walau tak boleh cover duit topup pun heheee. Hope pihak Nuffnang mempertingkatkan lagi servis dan memperbaiki sistem sekiranya terdapat masalah teknikal atau sistem dalam network sampai semua cpuv mandul walau trafik tinggi menggunung. Agak terkilan sekiranya ia berterusan kan. Agak jauh beza cpuv campaign tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya, walau sikit boleh capai juga RM10, sekarang ni RM10 pun susah nak bela.. Sekadar luahan lah kan. Kalau berterusan macam ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada bloggers. Macam shida part time blogger bolehlah sebab shida ada pendapatan tetap dari pekerjaan sekarang. Tapi kena fikir blogger yang makan gaji dengan blog kan, yang aktif pergi event bolehlah kan, kalau pasif susah juga kan. Apa-apa pun thanks Nuffnang!
