Assalammualaikum, peace upon you.
ok abaikan gambar diatas^^
Hari ni shida sedih sikit sebab ada 2 3 perkara yang shida plan terpaksa delay, perkara itu adalah Penghantaran Hadiah-hadiah Awesome GA shida. Mohon Maaf ya disebabkan Kad Raya shida lambat sampai maka hadiah-hadiah ni semua terpaksa lambat sebab semua pemenang shida akan terima kad raya "limited edition" dari shida so tahun ni lain dari yang lainlah. Jadi nak tak nak kena tunggu kad tu tiba dulu. tengoklah semua dah ready tinggal kad raya je belum ada lagi!!
Bila tengah excited type-type alamat sekali nak print tiba-tiba printer shida dua-dua ni jadi bebal, bila print ink bocor, shida memang sakit hati sangat-sangat , bila nak pakai selalu jadi macam ni!! tah apa kena tah!
Button sponsors oleh Abang Eqbal Zack pun dah sampai dengan selamatnya. Shida dah packing satu-satu untuk edar pada pemenang :) tapi kena tunggu kad raya juga!! untunglah dapat button, shida tak ada apa pun huhuhu^^ sedihnya :p tapi tapi dalam-dalam sedih shida happy juga sebab........
Majikan shida datang rumah hantar hamper besar punya! adoiii.. bos shida ni baik sangat-sangat, shida tak tau nak cakap macam mana, cuma ucapan terima kasih tak terhingga dari shida untuk mu bos, eh! majikan shida orang cina tau :) dan yang paling tak tahan, tiap-tiap tahun kalau raya dia beli shida keronsang banyak-banyak mungkin dia tahu shida suka pakai macam-macam pattern keronsang :)
dapat 4 lagi keronsang, dah banyak keronsang dia bagi shida, nak letak mana pun xtahu sebab yang ada pun bekas dah penuh. Nampaknya kena oder lagi box plastik dari Blogger YUI, yang lepas punya shida pakai pun dan penuh dengan pelbagai jenis keronsang. Terima kasih lah yer bos ku yang sangat-sangat baik hati :)
rembat gambar eca dekat FB abang shida :)
ok ini part paling sedih, budak atas ni anak buah shida no.4 nama dia Nur Adriana Batrisya comel tak? tengok makcik dia lah kan ngeeeee :D ok ok bukan nak cerita pasal kecomelan shida budak ni tapi nak bagi tahu masuk hari ini shida dah 6 bulan tak jumpa dia. Last jumpa dia masa 29.2.12 masa dia dilahirkan di Hospital Taiping. baca entri ni >> kini Shida bahagia dengan kehadiran dia itu last dan terakhir shida jumpa dia, lepas tu dorang terus balik KL rumah abang shida kat sana. Memang raya akan jumpa tapi esok sampai isnin satu family pergi KL umah abang berbuka kat sana, shida sorang je tak boleh nak follow sebab kerja "awal-awal bulan biasa lah nak buat gaji lah itu ini lah" so terpaksa rela hati tak ikut dorang, cuti shida memang lama sampai selasa sebab isnin cuti Nuzul Al-Quran dan hari selasa shida memang Off day, tapi mak nak pergi sabtu juga tak nak tunggu shida balik kerja baru pergi sebab nak pusing ke Sabak Bernam dulu ambil adik dekat POLITEKNIK. Tak pelah terpaksa akur. Dahlah tak dapat jumpa eca! tak dapat shopping raya kat sana, berbuka sorang-sorang, duduk rumah sorang-sorang selama 3hari!! arghhh..ni nak nagis ni!! sedihnya!! ;(





